Sarapan Pagi Roti Sardin Dan Bihun Goreng

Pagi Ahad ni takde keluar ke mana-mana duk rumah je. So Cie prepare la menu sarapan yang simple, yang Cie dah plan sejak petang semalam. Mantap tak? Hahaha. Fikir awal senang. 


So pagi tadi pukul 7 lebih baru la Cie check in kitchen. Prepare bahan untuk masak bihun goreng dan roti sardin. Lama tak buat roti sardin. 


Mulanya chop bawang putih dan bawang besar dalam chopper sekali arung untuk bihun dan sardin. Tumis bahan untuk bihun, sekali untuk sardin kuali sebelah-sebelah. 

Bahan bihun simple je ada isi ayam, fishball dan taugeh. Sardin tu pulak takde letak apa cuma tumia dengan bawang je. Zupp zappp dah siap kedua-dua menu. 

Bihun goreng makan dengan timun dan cili potong. Stok keropok Cie dah habis. Maka nya takdela keropok kita. 

Roti sardin tu Cie celup dengan bancuhan tepung bestari. Lepas tu goreng. Lagi sedap dari celup dengan telur tu. Bancuhan tu buat cair je. Celup roti yang kita dah sapu inti sardin lepas tu goreng je sampai keperangan.

Settle dah bersarapan. Cie vacuum 1 rumah. Ni jela aktiviti hari ni. Sambung settle masalah transfer whatsapp data ke handphone baru. Harapnya berjaya la hari ni. Whatsapp saja belum selesai. 


Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Bagus nya Cie dah fikir dari semalam untuk bekfes arini, btw bihun tu nampak lembut je👍👍

    BalasPadam
  2. Sarapan macam ni pun dh sedap giler..kenyang sampai ke petang kalau Kak SA...

    BalasPadam
  3. Rajin Cie buat sampai dua menu.Terer Cie, boleh multitask, masak dua benda sekaligus. Akak kena fokus masak satu, satu. Feveret akak, bihun goreng. 😋

    BalasPadam
  4. Suka roti sardin ..kalau panas2 lg menyengat kesedapan nya haha... pastu cicah plak ngan sos cili 😅😅 adoii jadi lapar plak kita haha

    BalasPadam
  5. Sedap tu semua.. teringin pulak nak buat roti sardin.

    BalasPadam
  6. Ok.sardin & roti ade dkt rumah. Nnt kalau rajin bleh buat =D

    BalasPadam
  7. Ada roti lebih kat rumah tapi sardin takde pulak. Tapi klu buat roti sardin yg makannya saya sorang je 😅

    BalasPadam
  8. Sedapnya menu bfast, mesti anak dara berdua tu suka sangat.

    BalasPadam
  9. kombinasi yg sedap ni! saya suka roti sardin dengan bihun :D

    BalasPadam
  10. roti sardin ni kalau mkn boleh tahan kenyang lama juga laa...

    BalasPadam
  11. awal tu dia fikir nak buat sarapan pagi.. hihihi

    BalasPadam
  12. menarik la roti tu celup dgn tepung bestari yer..boleh try ni (cuma tak tau bila la MZ nak masak2 ni)

    BalasPadam
  13. Cie punya menu simple pun meriah...suka roti sardin

    BalasPadam
  14. Lama tak buat roti telur.. Sha selaunya buat asing sambal sardin tu sebab anak-anak tak berapa suka..

    BalasPadam
  15. yelah kalau goreng guna telur macam muak sikitkan... ammi nak try jugalah goreng guna bancuhan tepung bestari ni

    BalasPadam
  16. i like that kind of roti sardin crispy tu.

    BalasPadam
  17. Dah lama tak buat roti sardin. Jadi teringin. Ok noted, jadi pakai tepung celup biasa ya kak, supaya makin sedap 👍👍.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.