4
As Salam. Salam Sejahtera.

Homemade Ice Cream

Dah lama jumpa resepi ais krim homemade nih tapi tak terbuat lagi. Padahal bahan-bahan sangat la senang. Semua yang ada kat rumah je. So petang semalam nak try la buat. Ikut resepi asal ada esen vanilla tapi kat rumah takde so ibu tukar dengan Cinch Shake Mix Shaklee perisa Cafe Latte.

Bahan-bahan Ais Krim:


Bahan-bahan Homemade Ice Cream Cafe Latte

Bahan-bahan mudah je nak cari. Ibu punya nih memang semua dah ada kat rumah. Terus buat je.

1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar gula pasir
1 sudu besar ovalete
1 scoop cinch shake mix cafe latte

Bahan-bahan Hiasan:

3 sudu besar chocolate chips
2 sudu besar coklat urai warna warni
*Boleh letak ikut citarasa

Cara Membuat:

1. Pukul susu cair, susu pekat manis, gula pasir dan ovalete hingga kembang selama 20 minit.
2. Setelah kembang dalam tempoh 20 minit masukkan pula 1 scoop cinch shake mix.
3. Masukkan ke dalam bekas kemudian tabur dengan chocolate chips dan coklat urai warna warni.


Ais Krim yang sudah siap dihias. Dah boleh masukkan dalam freezer 1 malam dah boleh makan.


Senang je kan nak buat. Bahan-bahan pun mudah je kebanyakkan memang ada kat rumah kita kan. Rasa pun sedap sama je macam kita beli kat kedai tuh. Lagi menjimatkan. Untuk adunan nih boleh dapat setengah bekas tupperware. Boleh makan dalam 8-10 orang la lebih kurang.


Ini lah hasilnya setelah 1 malam dibekukan didalam freezer.

Selamat Mencuba ^_^

0129755310 

Post a Comment Blogger

  1. Replies
    1. Cuba la memang best. Boleh buat ikut citarasa kita.

      Delete
  2. Salam perkenalan, anak saya 9 bulamn umurnya... follow sini!!! ^_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Anak Cie nak masuk 7 bulan. Sebaya la anak kita. Follow u.

      Delete

 
Top