Virus Ebola - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 12 August 2014

Virus Ebola

As Salam
Salam Sejahtera

Kebelakangan nih banyak sangat virus2 bahaya yang menyerang. Terbaru virus Ebola. Virus yang sangat berisiko kepada kita semua.

Apakah Ebola?
Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia.

Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit.

Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.

Wabak 2014
Pada bulan Februari 2014, virus Ebola telah muncul di Guinea. Ini mewujudkan wabak virus Ebola pertama seumpamanya yang berlaku di wilayah tersebut. pada tanggal 28 Mac 2014, seramai 103 orang telah sah dikenal pasti dijangkiti oleh virus dan 66 orang mangsa telah disanhkan meninggal dunia di Guinea, manakala 8 kes di Liberia termasuk 6 kematian, 6 pesakit di Sierra Leone termasuk 5 kematian. Penyiasatan masih diteruskan sehingga sekarang.

Wabak yang berlaku dengan pantas di ibu negara Guinea, Conakry, adalah yang sangat merbahaya seumpamanya kerana strain virus Ebola ini di kenal pasti begitu cepat menyerang. Negara yang berpenduduk 2 juta orang itu sangat miskin, terlalu banyak lambakan setinggan dan kawasan fakir miskin. Sistem perkhidmatan perubatan ternyata sangat lemah sangat jauh jika dibandingkan dengan negara maju di Eropah yang lain.

Tanda2 diserang Ebola?
• Demam
• Sakit kepala
• Cirit-birit
• Muntah
• lemah2 badan
• sakit2 sendi
• Sakit Perut
• Kurang selera makan

Lindungi Diri Anda:
• Cuci tangan dengan kerap.
• Elakkan bersentuhan dengan orang lain.
• Sediakan makanan dengan selamat.
• Jaga kebersihan kawasan persekitaran.
• Kurangkan aktiviti luar.

Jika didapati ada tanda-tanda jangkitan segera dapatkan rawatan di Hospital atau Klinik berhampiran. Jangan berlengah!
Sumber: EBOLA

No comments:

Post a Comment