Sunday, 28 September 2014

Ayam Penyet Nusantara

As Salam
Salam Sejahtera

Semalam kami 4 beranak ke KL. Encik Suami nak beli side mirror untuk cerato yang habis dilanggar orang. Tak tidur sana just balik hari jeh. Lepas dah settle urusan kat Segambut masa on the way nak balik rasa macam teringin nak makan Nasi Ayam Penyet pulak terus google yang keluar Ayam Penyet Wong Solo kat Taman Dagang entah mana lokasi kan pastu terus teringat hari tu masa makan kat Restauran Upin Ipin Taman Melati area situ ada juga Ayam Penyet. Cari punya cari akhirnya jumpa Ayam Penyet Nusantara.

Cari parking tak jumpa pastu pusing lagi sekali betul-betul depan kedai. Memang rezeki betul la kan. Masuk je kedai tuh ramai jugak orang. So i think memang tak salah pilih kedai. Duduk je terus order. So belek-belek menu memang semua penyet la. Sure laki i nih tak berapa berkenan kot. Hahaha. Tapi tetap layankan tekak bini.

I order udang penyet & teh o ais limau. Encik suami order ayam penyet & epal asam boi. Sementara nak tunggu order sampai snap picture anak-anak dara dulu.


Kakak dah lapar sangat nih makan sudu je. Macam biasa suka sabotaj ibu. Taknak pandang kamera.


Adik Rania bad mood baru bangun tidur. Muka masam mencuka taknak senyum langsung

Dalam 10 minit camtuh baru order sampai. Mak aih ayam penyet dia boleh makan 2 orang punya la besar. Udang pulak ada la 5 6 ekor kot tak kira pulak. Side dish ada sambal pedas, tempe goreng, tauhu goreng, kangkung celur, timun. Tak dan nak snap-snap picture dah tak sabar nak makan. 


Memang best udang penyet nih. Puas hati la makan kat situ. Sambal best pedas-pedas.

So overall sedap la makanan kat situ. Air pun best. Boleh la repeat makan kat situ lagi nanti. Harga pun around RM20++ makan laki bini. Sebelum nih pernah makan ayam penyet kat The Summit USJ. Kat situ pun best tapi side dish lain sikit. Yang lain-lain sama je. Tauhu & tempe memang wajib ada. Makanan orang jawa kan.

Yang nak berkunjung ke situ mudah je kedai tuh bersebelahan dengan Old Town White Coffee, Taman Melati. 

Ayam Penyet Nusantara

Indonesian Restaurant
3G, Jalan Melati Utama 4 (Melati Utama, Setapak), 53100 Kuala LumpurKuala Lumpur, Malaysia



Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

No comments:

Post a Comment