4
As Salam. Salam Sejahtera.



Setiap orang mesti punyai minat terhadap sesuatu kan. Minat kumpul handbag, kasut, baju, jam, perhiasan rumah dan banyak lagi. Kalau dah minat sesuatu tuh memang sanggup berhabis. For me memang tak minat nak kumpul benda-benda camtuh.

Handbag pun dah setahun lebih kot pakai selagi boleh pakai. Selagi masih elok taknak membazir. Kasut langsung takde. Ada 2 sandal je untuk pakai pergi kerja. Kalau jalan-jalan pakai selipar jepun je. Huhu. Baju lagi la dah bezaman tak ganti baru. Pakai je apa yang ada. Barang lain pun sama.

Sebab kecenderungan ku kepada bidang masakan. Cuma silap tak jadi chef je kot. Huhu. Kalau minat boleh jadi tapi sebab tak minat. Minat masak je. Tuh pun masak ala kadar je asalkan boleh makan.
Mula minat memasak masa kecik lagi. Selalu curi-curi pergi main kat rumah sepupu. Main masak-masak memang menyeronokkan. Siap ada api tau. Masak dalam tin atau tempurung. Selalu guna kulit jantung pisang tuh kononnya daging. Pastu dalam jantung pisang tuh kan ada macam bunga tuh la udang. Haha. Lawak kan masa kecik punya permainan. Tengah syok main datang mak suruh balik. Mak tak suka anak-anak dia main kotor. Bila flasback camnih teringat pulak kat mak. Alfatihah mak. Rindu sangat kat mak. Rindu sampai bila-bila.

Habis kisah masa kecik masuk sekolah menengah pulak. Masa form 1 sampai form 3. Selalu berangan memasak macam chef wan. Siap sedia bahan-bahan dalam mangkuk kecik-kecik pastu berangan la becakap macam chef wan masak dalam tv tuh. Padahal masak nasi goreng je. Haha. Pastu nanti mak bising sebab tau masak je tak tau kemas. Hihi.

Masa lepas PMR nak apply sekolah teknik tapi tak tau nak ambik course apa. Pilih punya pilih ambik la aliran Katering kat Sekolah Menengah Vokasional Puteri, Temerloh, Pahang. Kakak ipar suruh ambik course Rekaan Fesyen tapi ku tak berminat letak jela pilihan 2 in case tak dapat Katering. Tak sangka pun dapat sebab borang koyak dah kesan padam sebab mula sekali ambik course lain. Tiba-tiba tukar Katering. Alhamdulillah rezeki.

2 tahun belajar kat sana. Lepas habis SPM nak apply politeknik pulak. Pun tak tau nak ambik course apa. Disebabkan sekolah dah ambik course Katering maka ku teruskan je ambik course Katering jugak. Sampai la dapat segulung Diploma Pengurusan Hotel Katering. Tapi bukan 100% memasak je. Semua pengurusan hotel termasuk sekali.

Cie memang suka sangat kumpul resepi. Pantang jumpa je mesti simpan. Majalah SAJI, RASA memang tak pernah miss dulu-dulu kala. Setiap bulan beli. Cuma bila dah ada anak nih campur pulak sibuk bisnes memang kekurangan masa nak membaca. Yang lama dulu elok tersimpan rapi kat dalam kotak.

Kalau nak masak menu baru pastilah cik google yang diperlukan. Segala macam resepi ada. Tinggal malas ke rajin je nak masak.

Sebagai seorang wanita semestinya perlu tau memasak. Setinggi mana pangkat kita, setinggi mana pelajaran kita kalau tak tau memasak tersangatlah rugi. Syukur Alhamdulillah dikurniakan minat terhadap bidang masakan cuma tak meneruskan minat tersebut ke bidang perhotelan. Cukuplah sekadar mampu menyediakan hidangan untuk keluarga. Yang penting dapat sediakan makanan yang bersih, selamat, sihat untuk keluarga tapi tuhla weekend je waktu memasak ku.

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

Post a Comment Blogger

  1. salams cie, singgah petang:)

    ReplyDelete
  2. Wah..cie..aini nak masak benda tak familiar kena google jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhla memang sumber google paling senang. Nak belek majalah kang lambat. Kadang2 suka compare resepi.

      Delete

 
Top