Menu Sarapan 31 Januari 2026

Sedar tak sedar dah hari terakhir Januari hari ni. Rasa macam baru je lagi masuk 1 Januari. Begitu pantas masa berlalu setiap hari. Pagi ni keluar rumah mencari sarapan.

Faiz ada program dah keluar rumah seawal pagi jadi dia tinggalkan duit je. Cie pun keluar la 8 pagi tadi mencari sarapan. Memang dah plan nak mencari Nasi Dagang.

Ada 1 gerai je yang jual Nasi Dagang sedap kat depan Bistro Tempoyang tu. Gerai tu menjual pelbagai jenis menu sarapan. Rambang mata ye terlalu banyak. Dari dalam kereta dah nampak macam-macam ada.


Kat gerai tu ramai orang hantar makanan untuk dijual. Kira macam vendor la. Gerai tu hanya jual je. Untung atas angin la. Ada yang sedap, ada yang tak ikut nasib la.




Untuk pagi ni kami anak beranak memilih macam-macam menu.
  1. Nasi Dagang Gulai Ayam - Cie
  2. Nasi Lemak Daun Pisang - adik Rania
  3. Nasi Ayam Kicap - kakak Raisha
  4. Kuih Nona Manis
  5. Roti Sosej
  6. Kuih Lapis, Karipap, Seri Muka
Kalau ikutkan perut macam banyak lagi nak ambil. Tapi kita kawal la ye beli apa yang patut je. Total semua tu RM25. Untuk 3 beranak makan. Habis diet kalau macam ni. Hahaha. 






Sampai rumah Cie goreng keropok kejap. Sejenis nak makan kena ada keropok baru best. Cie potong timun jugak. Acar Nasi Dagang tu sikit sangat. I pulak jenis makan sayur banyak. Cili dah habis je kalau tak Cie potong cili jugak makan dengan Nasi Dagang tu bagi pedas sikit.


Kenyang makan sebungkus Nasi Dagang tu. Kuih muih tu makan lewat sikit. Buat kudapan sambil berehat di hujung minggu.


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Semua makanan yang dikongsikan nampak menyelerakan. Sekejap aje kan 31 Januari. Selamat berhujung minggu

    BalasPadam
  2. Nasi lemak dengan portion begitu memang boleh jer...tak ganggu sangat diet

    BalasPadam
  3. sedapnya nampak.kuih nona manis tu pun nampak menggoda dalam gambar

    BalasPadam
  4. Yes! Uncle pun suka kalau ada keropok!

    BalasPadam
  5. Bestnya sarapan pagi macam ni. Nasi Dagang, kuih-muih pun lengkap..

    BalasPadam
  6. Meriah menu sarapannya.
    Sempat goreng keropok dan potong timun ye Cie.

    BalasPadam
  7. Saya suka mendatang tempat yang banyak jual kuih muih..puas hati nak pilih mana satu nak..

    BalasPadam
  8. Sedaplaaa nasi dagang... akak makan kat Ganu paling sedap... kat sini susah nak jumpa yang kena dengan tekak.

    BalasPadam
  9. Sebenarnya saya juga sama, kalau makan lebih suka pakai kerupuk. Tp ya itu, goreng kerupuknya ini yg ikut mood 🤣. Jadi walau stok kerupuk banyak, jarang saga goreng, kecuali sedang rajin 😄

    Uwaaaah banyak sangat pilihan menu yg dijual. Memang Rambang mata 😄

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.