Menu Dinner 25-30 Januari 2026: 6 Idea Hidangan Mudah & Sedap

Kembali kita ke rancangan kompilasi hidangan menu dinner selama 6 hari bermula 25 hingga 30 Januari 2026. Ada Cie masak, ada yang beli bila tak masak.

Alhamdulillah feedback positif dari rakan blogger yang cakap bagus buat macam ni boleh dapat idea untuk masak menu dinner. Kadang takde idea juga nak masak apa kan asyik menu sama je.

Minggu ni takde menu buah. Tak beli buah padahal masa beli barang dapur tu nampak banyak je buah. Entahla kenapa tak ambil pulak.

Bulan Ramadan tahun lepas setiap hari Cie buat kompilasi menu berbuka. Tahun ni InsyaAllah plan nak buat jugak setiap hari. Semoga dipermudahkan. 

25 Januari 2026

Cie tak masak plan nak makan Kuetiau Goreng Kerang tapi tutup pulak kedai tu. Tukar plan la beli Nasi Goreng Ayam Alamanda. Alamanda di Lipis ye bukan Putrajaya. Nasi Goreng Ayam dia memang sedap.


Cie cakap kat Faiz beli 3 bungkus jela takut tak habis. Nasi Goreng Ayam kat situ banyak untuk sebungkus tu. Cie share je dengan adik Rania. Kakak Raisha dan Faiz sebungkus sorang. Makan dengan cili potong memang sedap.

26 Januari 2026

Cantik date tu ye 260126. Weekend dah restock lauk pauk maka nya gigihkan diri untuk masak. 


Cie masak Ayam Masak Lemak letak kentang dan daun kesum. Memang sedap masak lemak letak daun kesum. Try la buat. Kakak Cie yang ajar. 

Sayur pulak Cie masak Peria Goreng Taucu, Timun dan sambal tempoyak.

27 Januari 2026

Faiz beli Tilapia dia cakap nak bakar. Sebagai isteri solehah ikut jela request suami ni. Faiz ni bukan jenis request sangat nak makan apa. Apa Cie masak semua dia bedal je. Tak susah la nak jaga anak mak mertua ni.


Tilapia bakar ngam makan dengan kicap. Cie letak bawang besar dan cili potong lepas tu perah sikit limau. Sedap betul cicah ikan bakar.

Oleh kerana kering je menu Cie tambah la Telur Mata Goreng Sos. Ada la kuah sikit. Anak-anak Cie sejenis makan kena ada kuah. 

Sayur pulak Cie goreng Green Bean Sprouts Sos Tiram. Tumis dengan bawang je. 

28 Januari 2026

Faiz takde dia ke Melaka ada urusan kerja. Cie malas nak masak dinner. Lepas balik kerja terus singgah tapau makanan di Kedai Abe Joe Cafe. Order semua nasi goreng je. 


Cie order Nasi Goreng Ikan Masin, adik Rania Nasi Goreng Udang dan Kakak Raisha Nasi Goreng Seafood. Cie potong cili padi makan dengan nasi goreng tu. Ingatkan takde cili rupanya dalam nasi tu ada jugak. Bedesing telinga la pedas makan. 

Macam biasa makan nasi goreng dengan stok keropok goreng. Memang sentiasa ada standby keropok untuk makan dengan makanan bergoreng.

29 Januari 2026

Hari-hari masak memang ketandusan idea. Tapi hentam jela apa yang terlintas di kepala.


Sejak pandai masak asam pedas ni kan mesti ada minggu yang Cie akan masak. Tak sangka pulak jadi sedap Cie masak. Hihi. Angkat bakul sendiri ye. Walaupun takde kantan, tetap sedap. Mahal sangat orang jual kantan kecut pun sampai RM5-6 2 batang. Kalau segar ok la. Ni dah kecut, hitam-hitam pulak tu bahagian kelopak tu.

Cie letak bendi dan daun kesum je pun dah sedap. Ayam Masak Asam Pedas, ikan masin goreng, ulam timun dan sambal belacan. Memang ngam sangat menu ni.

30 Januari 2026

Stok lauk pauk last untuk minggu ni. Dah habis dalam fridge tu. Weekend hari tu beli Sos Thai yang dalam botol tu tulis Sweet Chilli Sauce baru sedap masak Ayam Goreng Sos Thai. Tak perlu tambah perasa dah.


2 jenis je menu last untuk minggu ni. Ayam Goreng Sos Thai dan Bendi Goreng Telur Hancur. 2 jenis ni dah berselera makan. 

Kompilasi Menu Mingguan

Selesai dah kompilasi minggu ni. Jumpa next kompilasi pulak jika rajin. Mana tau perkongsian Cie ni membantu rakan-rakan untuk mendapat idea menu hidangan.



Catat Ulasan

2 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.