Terima Hadiah Pemenang Teka Merentas Benua Blog Amie’s Little Kitchen

Pada bulan Disember yang lepas Blogger Amie buat 1 co test di blog beliau Teka Merentas Benua Menuju Destinasi Impian. Cie saja la mencuba untuk teka. Mana tau rezeki kan. 


Dalam entri tersebut Kak Amie bagi bayangan negara mana yang bakal dikunjungi iaitu terletak di Timur Tengah. Boleh meneka sehingga 5 negara. Cie pun gigih la mencari negara Timur Tengah dan senaraikan.
  1. Emiriah Arab Bersatu
  2. Oman
  3. Qatar
  4. Arab Saudi
  5. Jordan
Jawapannya Jordan dan Palestine. Dah sipi-sipi tu Cie teka Jordan nombor 5. Bila dah rezeki tak ke mana.

Alhamdulillah pada awal Januari hari tu Kak Amie buat Pengumuman Teka Merentas Benua Menuju Destinasi Impian. Cie tersenarai sebagai salah seorang pemenang yang teka dengan betul.

28 Januari 2026 Cie selamat menerima hadiah kiriman Kak Amie yang jauh dari Lahad Datu. Kali kedua dah Cie terima kiriman dari Kak Amie. Rezeki Cie kali ni dapat banyak hadiah.

Cie dapat:
  1. Cap Palestine
  2. Pashmina Jordan
  3. Sulfur Soap
  4. Keychain Palestine
  5. Fridge Magnet Jerusalem





Alhamdulillah walaupun takde rezeki lagi nak ke sana dapat juga barangan dari sana. Terima kasih Kak Amie yang sentiasa berkongsi rezeki. Semoga yang baik-baik untuk Kak Amie.


Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Alhamdulillah rezeki Cie....tahniah..banyak tu barangan dari negara Kak Amie pergi...

    BalasPadam
  2. cantiknya pashmina Jordan tu Cie

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.. tahniah cie.. cantik2 semuanya.. ^^

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Oleh-oleh sudah selamat diterima.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. tahniah.. pandai Cie teka:)

    BalasPadam
  6. Tahniah, Cie. Bukan senang tu nak dapat cenderahati dari luar negara terutama negara Timur Tengah.

    BalasPadam
  7. alhamdulillah...rezeki cie dapat hadiah dari bumi barokah

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah menang dan hadiah nya pun bukan sikit dan buka bishe bishe.. ☺️👍🏻

    BalasPadam
  9. pashmina tu cantik sungguh! tahniah kak

    BalasPadam
  10. Tahniah, Cie! Alhamdulillah, rejeki.

    BalasPadam
  11. Bukan senang nak dapat cenderamata dari Palestin. Tahniah.

    BalasPadam
  12. Wah... Tahniah Cie. Hadiahnya pun menarik.

    BalasPadam
  13. Cantik pashmina dia...
    Lama Cuya tak pakai pashmina

    BalasPadam
  14. Congrats kak. Tp memang tak ada yg menebak Palestine yaaa, mungkin tak ada orang sangka kak Amie akan kesana di saat kondisinya sedang rawan.

    BalasPadam
  15. kita br update entry ni dpt brg2 dr kak amie juga

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.