0
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari nih masih bercuti lagi. Hari Keputeraan Sultan Pahang. Tapi takde agenda bercuti ke mana-mana. Encik suami bekerja. Tiba-tiba terkenang Soto Ayam. Kalau dapat makan best nih. Letak pulak pergedil kentang. Fuhhh memang bertambah-tambah la makan kan. Soto Ayam nih memang makanan kegemaran ku. Memang wajib la masak setiap kali hari raya.




Nak buat soto ayam nih memang leceh sikit. Banyak yang kecil-kecil je bahan-bahan. Raya Puasa baru nih kat hospital I dipertanggungjawabkan untuk mengetuai gotong royong memasak Soto Ayam. Wah dorang nih macam tau-tau je I nih peminat setia Soto Ayam. Hihii.

Kat kedai makan sebelah terminal Kuala Lipis tuh ada gak kedai makan yang jual soto. Tapi sedap masak sendiri lagi kot cukup segala bahan. Tapi tuhla nak memasak tuh kena ada sikap kerajinan sikit. Kalau kemalasan melanda pendek kata tak menjadi. Hahaha.

Raya Puasa baru nih tak masak soto sebab dah banyak menu lain. Bulan puasa je masak untuk moreh kat masjid. Aduhai sambil taip entry nih sambil telan-telan air liur. Hahaha. Padahal baru lagi minggu lepas makan kat kedai pakcik sebelah terminal tuh. Dah nama pun makanan kegemaran kan. Makan berkali-kali pun rasa macam tak cukup.

For those yang nak try masak soto ayam simple boleh tengok RESEPI SOTO AYAM. Sangat mudah resepi Cie tuh. Lain orang lain cara masak dan bahan-bahan. Cie suka yang simple je janji sedap. Nampaknya weekend nih macam nak buat la. huhuhu



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

Post a Comment Blogger

 
Top