6
As Salam. Salam Sejahtera.

Hari Ahad yang lepas terlebih rajin nak buat SAMOSA KENTANG. Kulit popia tuh lama dah my sister beli konon-konon dia nak buat popia nestum masa raya puasa hari tuh tapi disebabkan dah banyak kuih muih raya maka cancel jela. Kulit popia dah nak jadi batu duduk bertapa dalam freezer. Hiihi.

Senang je nak buat samosa nih cuma time nak membungkus melipat menggulung tuh ada sedikit malas kan. Cie pun macam-macam bentuk buat. Belasah jela janji habis.

BAHAN-BAHAN INTI

1/2 kilo ubi kentang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari daging
garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air

CARA MEMBUAT INTI:

  1. Kupas kulit kentang kemudian potong dadu. Bersihkan.
  2. Bawang besar dan bawang putih dimayang.
  3. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang hingga layu kemudian masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau hingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan kentang dan air. Biarkan hingga kentang empuk. Perasakan dengan garam.
  5. Biarkan seketika hingga kering. Angkat dan sejukkan.


CARA MEMBUNGKUS:

Potong kulit popia kepada 2 bahagian

Letakkan didalam bekas kemudian tutupkan dengan kain basah supaya kulit popia tidak mengeras

Letakkan inti dihujung kulit popia

Lipatkan sedikit berbentuk segitiga. Boleh juga bungkus seperti popia biasa

Nih la hasilnya ada berbentuk 3 segi. Ada yang berbentuk bantal peluk


Dah malas nak lipat segitiga maka jadilah samosa gulung

Samosa yang telah siap digoreng

Senang je kan nak buat. Sambil-sambil layan anak sempat lagi buat. Hihi. Cuma yang mencabar bila masa membungkus. Selamat mencuba ^_^

Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

Post a Comment Blogger

 
Top