Sunday, 9 November 2014

10 Tips Tambah Tenaga Ibu Berpantang

10 Tips Tambah Tenaga Ibu Berpantang

Ibu-ibu berpantang sangat perlukan tenaga untuk memastikan ibu-ibu dapat menjaga anak didalam pantang tanpa sebarang masalah. Disini Cie kongsikan 10 Tips untuk Menambah Tenaga Ketika Didalam Pantang.

Sarapan pagi


Walaupun didalam pantang ibu-ibu perlu mengambil sarapan sebagai bekalan sumber tenaga harian mengikut piramid makanan supaya nutrisi dapat diserap kepada bayi yang akan disusukan. Tambahkan pengambilan serat supaya dapat mengelak dari sembelit. Ibu-ibu boleh juga makan didalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Senaman ringan


Senaman ringan juga boleh dilakukan supaya peredaran darah berada didalam keadaan baik. Tidak perlu melakukan senaman yang berat memadai dengan berjalan kaki didalam rumah, senaman lantai pelvis serta regangan kecil. Senaman boleh dilakukan selepas 6 minggu didalam pantang namun perlu mendapat nasihat dari doktor yang merawat.

Tidur bersama bayi


Ibu-ibu perlu mendapatkan rehat yang mencukupi ketika didalam pantang. Minta bantuan daripada orang lain untuk menguruskan makanan serta kelengkapan. Cuba tidur sejenak ketika bayi anda tidur sekitar 30 hingga 45 minit, Rehat yang mencukupi sangat penting untuk merangsang pengeluaran susu. Ia juga dapat menyegarkan kembali tubuh badan yang lesu.

Jus buah-buahan


Jus buah-buahan segar juga boleh diminum ketika didalam pantang untuk memberi kesegaran kepada tubuh serta merangsang pengeluaran susu. Juga boleh meminum jus kurma serta jus sayur-sayuran. Air masak perlu diminum sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas sehari untuk membantu pengeluaran susu.

Ceriakan diri


Meskipun ibu-ibu sedang berpantang tidak bermakna penampilan anda tidak kemas. Siapkan diri untuk tampil segar dan ceria.

Menonton televisyen


Menonton televisyen juga dapat mengembalikan kesegaran ibu. Tonton siaran kegemaran anda supaya anda tidak berasa tertekan ketika didalam pantang.

Suplemen



Selepas bersalin ibu-ibu pasti kehilangan banyak tenaga kerana menguruskan diri serta bayi yang baru dilahirkan, diet yang tidak seimbang kerana terikat dengan berpantang serta melakukan aktiviti penyususan. Anda sangat perlu mengambil suplemen untuk membantu anda mengembalikan tenaga, kesegaran, menyihatkan badan serta membantu menyembuhkan luka jahitan. Antara suplemen yang penting untuk ibu-ibu ambil ketika didalam pantang ialah multivitamin, B complex, Vitamin C, Zinc Complex, Kalsium, Protein, Omega 3. Namun perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa jenis vitamin tambahan.

Aromaterapi


Aromaterapi merupakan bau haruman yang menggunakan minyak pati bunga-bungaan atau tumbuh-tumbuhan. Bau wangian tersebut dapat menenangkan minda. Ia juga dapat memberikan mood kesegaran kepada anda dan bayi.

Sentiasa senyum & ketawa


Sentiasalah senyum dan ketawa untuk mewujudkan suasana riang. Senyuman dapat menghilangkan riak wajah sedih, bosan dan penat.

Zikir


Zikir boleh dilakukan ketika didalam pantang bagi menenangkan jiwa dan mengurangkan tekanan. Memandangkan waktu didalam pantang kita masih tidak suci untuk mengerjakan solat.


Itu sahaja 10 tips yang Cie dapat kongsikan buat panduan ibu-ibu yang akan berpantang atau sedang berpantang. Semoga bermanfaat buat semua.



Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe

0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

3 comments:

  1. Tak leh nak ketawa sangat sebab bedah ahahaha;;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. JAngan la ketawa sampai tak ingat dunia pulak sampai berdekah2 :>)

      Delete
  2. assalamualaikum.. follow sini.
    menarik :)
    follow back ?
    http://travelog-dakwah.blogspot.com/2014/11/kehidupan-sebagai-muslim-di-perancis.html

    ReplyDelete