Baru Pulih Dari Demam - BLOG ROZIAH @ CIE

Monday 8 December 2014

Baru Pulih Dari Demam

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Anak-anak ibu dah tidur dengan lena baru ibu boleh update blog dengan aman. Encik babah pun dah gerak balik. Lewat babah balik malam nih. Actually ibu baru je pulih dari demam.

Dah lama sebenarnya tak demam. Bila sekali dah kena tenat terus la. Hari Khamis tuh dah selsema yang melampau. Asyik mengalir je hingus. Nak buat kerja kat office pun tak selesa.

Petang Khamis balik dari kerja dah terasa lain macam je. Sampai rumah terus mandi. Masa mandi terasa sejuk melampau. Lepas mandi terus pakai sweater memang sejuk sangat. Masa maghrib memang dah terbaring.

Tak larat dah uruskan anak-anak mujur kak long uruskan. Nasi pun dah tak lalu nak makan. Just makan biskut je buat alas perut. Vitamin C, Omega dan nutriferon memang 4 jam sekali makan.






Pagi Jumaat whatsapp je kat bos nak cuti. Memang tak boleh nak pergi kerja dengan kepala bedenyut, selsema, demam, batuk semua pakej lengkap. Pagi tuh kak long uruskan segala keperluan nak hantar anak-anak ke pengasuh. Memang tidur pengsan sampai pukul 12 tengahari. Terbaring je tak larat. Petang Jumaat tuh baru lah boleh bangun. Tak 100% pulih jugak lagi.

Hari Sabtu memang betul-betul rest kat rumah. Kebetulan pulak encik babah pun demam jugak. Laki bini demam bercampur sakit badan. Encik babah dah seminggu demam lagi hebat kan. Memang musim demam sekarang nih.

Alhamdulillah tanpa makan ubat hospital. Just makan Vitamin C, Omega dan Nutriferon dengan izin Allah ibu dah pulih dari demam, batuk selsema. Memang berkesan. Memang elakkan makan ubat. Sebab tuhla ibu jatuh hati dengan produk Shaklee tak pernah kecewakan ibu.

Kalau berminat nak cuba sendiri boleh hubungi ibu ye 0129755310.

2 comments:

  1. sama jugak ni.. anak anak buah dah tido baru boleh online hehe..
    get well soon ^^

    ReplyDelete