Menu Dinner 27 Jun - 3 Julai 2026

Kembali kita dengan post menu dinner. Sementara rajin ni kita teruskan. Bukan takat rajin masak, rajin jugak compile menu dinner. Puji diri sendiri. Hahaha. Dinner je sempat masak jadi kita share menu dinner jela.


Ada je minggu yang busy Cie tak masak. Ada minggu yang masak setiap hari. Nak beli bungkus pun kadang-kadang takde pilihan kedai dah. Semuanya dah pernah rasa. Masak jela simple pun sedap untuk tekak anak beranak makan. 

27 Jun 2026

Kalau malas nak masak nasi, Cie masak menu goreng-goreng je. Masak kuetiau goreng, telur mata, cili potong dan timun. 

Dalam kuetiau tu ada fishball, isi ayam, taugeh dan kucai. Cie masak kuetiau yang sekilo tu bagu jiran sikit. Last la bagi jiran sebelah kiri rumah ni dia dah pindah balik Terengganu. 


Cie buat jugak stok chilli garlic oil. Tapi Cie buat minyaknya kurang. Garlic dan serbuk cili je banyak. Makan dengan telur mata tu sedap betul. Kuning cair, letak chilli garlic tu memang ngam. 


28 Jun 2026

Lunch makan kat kampung. Cie bawak balik gulai tempoyak patin bahagian kepala, just panaskan je sebelah petang tu untuk dinner. 


Cie tambah menu lain juga telur dadar, sambal hitam dan kangkung goreng sos tiram. Takde stok sambal belacan tu yang goreng sos tiram je kangkung tu. 


29 Jun 2026

Ni jela menu setiap hari ayam dan telur. Kadang-kadang ikan. Ikut la selera anak-anak yang pelbagai. Masak 2 jenis protein nampak la meriah dan terserlah kerajinan. Padahal menu simple je. Hihi


Cie masak ayam goreng je. Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk cili, tepung jagung dan garam. Lepas tu goreng sampai garing dengan bawang holland. Telur mata kicap bersama bawang dan cili padi. 

Sayur petola tumis dengan suhun. Petola tu kakak Cie bagi yang dia tanam. Cie tak beli petola tak minat sangat. Kakak bagi ambil jela. Terlebih suhun pulak. Cie kurangkan nasi, makan suhun je banyak. Anak-anak pun suka suhun. 

30 Jun 2026

Cie plan nak masak tomyam. Tapi tak jadi sebab ada lebihan ayam masak lemak waktu lunch tu bos order untuk auditor yang datang audit dia. Lepas tu dia tak bagitau staf ada makanan. Staf memasing dah beli makanan sendiri. Cie pun balik lunch time ambil anak sekolah. 

Selepas auditor tu makan, ada lagi 8 ketul tak habis. Staf semua taknak ambil. Cie pun bungkus la 4 ketul untuk Cie dan 4 ketul untuk bos. 


Balik rumah panaskan je, campur belimbing buluh frozen je. Lepas tu tambah telur dadar, ulam timun dan sambal belacan. Dah tak masak menu utama cepat la siap sempat la Cie buat stok sambal belacan. 

1 Julai 2026

Cepat masa berlalu dah masuk Julai dah pun. Kerajinan masih lagi membuak. Kita teruskan memasak menu dinner. Cuma tu la plan nak masak tomyam putih tak kesampaian setelah tersalah ambil perencah sup siam. 


Alkisahnya Cie sediakan bahan tomyam. Ada carrot, bunga kobis, serai. Masa nak masak tu confident je ambil perencah sepeket tanpa tengok ye terus gunting. Nahhh sekali masa nak picit masuk periuk baru nampak.



Takde apa nak dikata la kan. Jadinya teruskan jela. Ambil daun sup dan daun bawang, tabur jela sesudah masak. Warna nak seakan tu yang confident jela. 

Cie masak jugak telur dadar, peria celup tepung bestari, ulam timun dan sambal belacan. Malas nak masak sayur memang timun jepun jela jadi penyelamat. 


2 Julai 2026

Asyik menu ayam je kan. Kita tukar menu ikan pulak. Telur tetap kena ada. Gulai ikan bawal Cie guna rempah gulai ikan Adabi dan letak serbuk cili sikit, santan Ayam Brand. Takde bendi, tomato jela ada. 


Telur mata goreng sos thai, ulam timun dan sambal belacan. Buah naga tu kakak Cie bagi yang abang ipar tanam. Manis elok buahnya. Jarang dah ada gambar buah. Selalunya makan terus je sebelum snap gambar menu dinner. 


3 Julai 2026

Dah habis idea dah bila nak masuk hujung minggu. Gulai ikan bawal ada lagi seketul tak habis. Faiz simpan dalam fridge, Cie panaskan jela. Ikan bawal tu besar memang tak habis la. Adik Rania tak makan sangat ikan. 


Cie buat ayam goreng kunyit, sambal penyet, ulam timun dan tempoyak. Tempoyak tu Cie buat guna durian yang tak berapa sedap dimakan. Takde campur apa. Memang rasa durian la bukan tempoyak. 

Selesai kompilasi menu dinner sepanjang minggu lepas. Menu minggu ni akan menyusul kemudian. Semoga dapat membantu memberi idea kepada yang takde idea nak masak apa tu. 





Catat Ulasan

0 Ulasan