Jiran Sebelah Rumah Pindah Terengganu

Beberapa tahun lepas jiran sebelah kanan rumah Cie ni pindah balik Kelantan. Lama jugak rumahnya kosong dijadikan homestay je. Beberapa bulan lepas ada jiran baru pindah masuk ke situ bertukar dari Berneo. Tak sure dari mana tak pernah berborak. 

Jumaat minggu lepas jiran sebelah kiri ni pulak berpindah ke Terengganu. 7-8 tahun jugak kami berjiran. Jiran ni memang baik. Kami selalu bertukar juadah makanan. Masa Faiz sakit diserang sesak nafas beberapa tahun lepas pun suaminya tolong bawak ke hospital. 

Anaknya yang perempuan tu muda setahun dari adik Rania. Masa kecik dulu memang main kat rumah Cie ni je. Pernah je mak dia kerja, anaknya duk seharian rumah Cie ni main dengan anak-anak Cie. Memang sangat rapat la. 

Anak sulungnya lelaki tua setahun dari kakak Raisha. 

Gambar ni hari last day jiran Cie kerja. Kebetulan jumpa masa Cie nak ke stor alat tulis hospital dan jiran Cie nak ke Unit Pentabiran. Dia ajak la bergambar. 


Sedih la jugak bila tau dia dapat pindah tu tapi dalam masa sama tumpang gembira sebab dia dapat naik pangkat sister dan dapat bertukar ke kampungnya. Rezeki betul tu rumah pun dah ada kat sana. 

Jiran Cie ni staff nurse. Dapat naik pangkat sister dan mula lapor diri 6 Julai. Alhamdulillah rezeki muda lagi dapat naik sister. Cie bagi hadiah telekung solat untuk dia. Untuk anak-anaknya Cie bagi duit je taktau nak beli apa. 



Pagi Jumaat tu Cie hantar kat anaknya kebetulan ada depan rumah sebelum Cie gerak pergi kerja. Sebelah petang pulak dia letak hadiah juga untuk Cie sehelai tudung, 2 helai towel kecil. 



Dapat jiran yang baik ni rezeki jugak kan. Dah berpindah jauh pulak. Tinggal suaminya je yang belum dapat tukar. PJJ la mereka nanti. Kalau suaminya dapat tukar nanti mungkin dapat jiran baru pulak la kami. 

Sederet rumah Cie ni yang hujung sekali dan yang kedua homestay. Yang ketiga rumah sewa jiran, yang keempat Cie. Yang sebelah kanan Cie ni jiran baru pindah. Mungkin dia beli dari jiran lama dulu. Kalau luar Lipis memang silih berganti la akan berpindah. Cie ni memang rumah sendiri, tak pindah la dah. 

Tahniah buat jiran atas kenaikan pangkat dan dapat tukar balik kampung. Selamat bertugas di tempat baru. Ada rezeki boleh jumpa lagi nanti. 


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Alhamdulillah, rezeki jiran Kak Cie dapat naik pangkat jadi Sister dan sekalian dapat balik bertugas di kampung halaman...

    BalasPadam
  2. linda pun tak sabar nak tunggu dapat surat tukar ni... bertabah la...
    semalam pun terima "anak" baru dekat asrama... geng2 SN

    BalasPadam
  3. Rumah lama sy dulu alik kanan chinese fmly beli. Alik kiri sepanjang hampir 8-9 tahun kami duduk sana, mmg brtukar2 jiran kami sama mcm cie =D

    BalasPadam
  4. Dapat jiran yang baik dia pergi pun kita sedih juga...tapi bila sebaliknya pergilah lagi tenang rasanya.

    BalasPadam
  5. Betul Cie, jiran yg baik pun rezeki dan nikmat yg besar. Selamat maju jaya utk jiran Cie. Cantik tudung pemberiannya tu, soft je

    BalasPadam
  6. Kita kalau ada jiran sebelah nak pindah memang sedih, lagi kalau dah berjiran lama.. Lin faham perasaan tu huhuhu

    BalasPadam
  7. Jiran yang baik, susah nak dapat. Rezeki la. Yang boleh bantu bila kita dalam kesusahan.

    BalasPadam
  8. comelnya main tukar-tukar hadiah over the gate.
    semoga terus bersilaturrahim.

    BalasPadam
  9. Untung cie dpt jiran yg baik..alhamdulilah.. semoga kalau dpt jiran baru, biar la sama baik jgk kan

    BalasPadam
  10. Dapat jiran yang baik juga rezeki. Selamat bertugas di tempat baru.

    BalasPadam
  11. salah satu rezeki adalah dpt jiran yg baik...
    nnt jln2 ke terengganu boleh laa jumpa kannnn

    BalasPadam
  12. Tahniah kepada jiran yang berpindah ke kampung dan dapat naik pangkat. In sya Allah semoga jiran baru nanti orang molek-molek juga ye. Rezeki dapat jiran molek-molek ni

    BalasPadam
  13. Tulah masalah penjawat awam yang dipindahkan. PJJ. Tak mudahkan nak berPJJ sambil nak urus anak sorang diri.

    BalasPadam
  14. Pernah ke Terengganu..ada jalan-jalan ke pasar ..lupa namaya..saya anggap dah sana syurga makanan ..sedap2 pula tu tau..2 hari kat Terengganu..tak apa akan ada ganti kawan baru tu Cie..

    BalasPadam
  15. Betuuuul kak. Dpt Jiran baik, bertenggang rasa, itu rezekiii banget. Banyak saya baca cerita orang2 yg dpt tetangga kelakuan Dajjal banget. Sampe ada yg bangun tembok tinggi supaya tetangganya ga bisa lewat. Adaaaa yg macam itu di sini.

    Alhamdulillah saya pun dpt tetangga baik2 semua. Saling menjaga juga, trutama jika saya traveling lama dan jauh.

    BalasPadam
  16. Kami yang pindah randah ni pun memang sedih kalau jiran pindah sebab semua baik2

    BalasPadam
  17. Wahh jiran keje hospital sama. Rezeki dapat jiran² yang baik.
    Jiran² akak adalah saudara mara sendiri.

    BalasPadam
  18. Sekarang ni memang tengah banyak pertukaran Samada naik pangkat atau dah lama kat satu tempat. Amro bila dah open ramai yg senior dah keluar rekod. Sedih tenguk

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.