Jumaat minggu lepas jiran sebelah kiri ni pulak berpindah ke Terengganu. 7-8 tahun jugak kami berjiran. Jiran ni memang baik. Kami selalu bertukar juadah makanan. Masa Faiz sakit diserang sesak nafas beberapa tahun lepas pun suaminya tolong bawak ke hospital.
Anaknya yang perempuan tu muda setahun dari adik Rania. Masa kecik dulu memang main kat rumah Cie ni je. Pernah je mak dia kerja, anaknya duk seharian rumah Cie ni main dengan anak-anak Cie. Memang sangat rapat la.
Anak sulungnya lelaki tua setahun dari kakak Raisha.
Gambar ni hari last day jiran Cie kerja. Kebetulan jumpa masa Cie nak ke stor alat tulis hospital dan jiran Cie nak ke Unit Pentabiran. Dia ajak la bergambar.
Sedih la jugak bila tau dia dapat pindah tu tapi dalam masa sama tumpang gembira sebab dia dapat naik pangkat sister dan dapat bertukar ke kampungnya. Rezeki betul tu rumah pun dah ada kat sana.
Jiran Cie ni staff nurse. Dapat naik pangkat sister dan mula lapor diri 6 Julai. Alhamdulillah rezeki muda lagi dapat naik sister. Cie bagi hadiah telekung solat untuk dia. Untuk anak-anaknya Cie bagi duit je taktau nak beli apa.
Pagi Jumaat tu Cie hantar kat anaknya kebetulan ada depan rumah sebelum Cie gerak pergi kerja. Sebelah petang pulak dia letak hadiah juga untuk Cie sehelai tudung, 2 helai towel kecil.
Dapat jiran yang baik ni rezeki jugak kan. Dah berpindah jauh pulak. Tinggal suaminya je yang belum dapat tukar. PJJ la mereka nanti. Kalau suaminya dapat tukar nanti mungkin dapat jiran baru pulak la kami.
Sederet rumah Cie ni yang hujung sekali dan yang kedua homestay. Yang ketiga rumah sewa jiran, yang keempat Cie. Yang sebelah kanan Cie ni jiran baru pindah. Mungkin dia beli dari jiran lama dulu. Kalau luar Lipis memang silih berganti la akan berpindah. Cie ni memang rumah sendiri, tak pindah la dah.
Tahniah buat jiran atas kenaikan pangkat dan dapat tukar balik kampung. Selamat bertugas di tempat baru. Ada rezeki boleh jumpa lagi nanti.






7 Ulasan
Alhamdulillah, rezeki jiran Kak Cie dapat naik pangkat jadi Sister dan sekalian dapat balik bertugas di kampung halaman...
BalasPadamdpt jiran yg baik memang rezeki!
BalasPadamlinda pun tak sabar nak tunggu dapat surat tukar ni... bertabah la...
BalasPadamsemalam pun terima "anak" baru dekat asrama... geng2 SN
Rumah lama sy dulu alik kanan chinese fmly beli. Alik kiri sepanjang hampir 8-9 tahun kami duduk sana, mmg brtukar2 jiran kami sama mcm cie =D
BalasPadamDapat jiran yang baik dia pergi pun kita sedih juga...tapi bila sebaliknya pergilah lagi tenang rasanya.
BalasPadamBetul Cie, jiran yg baik pun rezeki dan nikmat yg besar. Selamat maju jaya utk jiran Cie. Cantik tudung pemberiannya tu, soft je
BalasPadamKita kalau ada jiran sebelah nak pindah memang sedih, lagi kalau dah berjiran lama.. Lin faham perasaan tu huhuhu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.