Menu Dinner 27 Jun - 3 Julai 2026

Kembali kita dengan post menu dinner. Sementara rajin ni kita teruskan. Bukan takat rajin masak, rajin jugak compile menu dinner. Puji diri sendiri. Hahaha. Dinner je sempat masak jadi kita share menu dinner jela.


Ada je minggu yang busy Cie tak masak. Ada minggu yang masak setiap hari. Nak beli bungkus pun kadang-kadang takde pilihan kedai dah. Semuanya dah pernah rasa. Masak jela simple pun sedap untuk tekak anak beranak makan. 

27 Jun 2026

Kalau malas nak masak nasi, Cie masak menu goreng-goreng je. Masak kuetiau goreng, telur mata, cili potong dan timun. 

Dalam kuetiau tu ada fishball, isi ayam, taugeh dan kucai. Cie masak kuetiau yang sekilo tu bagu jiran sikit. Last la bagi jiran sebelah kiri rumah ni dia dah pindah balik Terengganu. 


Cie buat jugak stok chilli garlic oil. Tapi Cie buat minyaknya kurang. Garlic dan serbuk cili je banyak. Makan dengan telur mata tu sedap betul. Kuning cair, letak chilli garlic tu memang ngam. 


28 Jun 2026

Lunch makan kat kampung. Cie bawak balik gulai tempoyak patin bahagian kepala, just panaskan je sebelah petang tu untuk dinner. 


Cie tambah menu lain juga telur dadar, sambal hitam dan kangkung goreng sos tiram. Takde stok sambal belacan tu yang goreng sos tiram je kangkung tu. 


29 Jun 2026

Ni jela menu setiap hari ayam dan telur. Kadang-kadang ikan. Ikut la selera anak-anak yang pelbagai. Masak 2 jenis protein nampak la meriah dan terserlah kerajinan. Padahal menu simple je. Hihi


Cie masak ayam goreng je. Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk cili, tepung jagung dan garam. Lepas tu goreng sampai garing dengan bawang holland. Telur mata kicap bersama bawang dan cili padi. 

Sayur petola tumis dengan suhun. Petola tu kakak Cie bagi yang dia tanam. Cie tak beli petola tak minat sangat. Kakak bagi ambil jela. Terlebih suhun pulak. Cie kurangkan nasi, makan suhun je banyak. Anak-anak pun suka suhun. 

30 Jun 2026

Cie plan nak masak tomyam. Tapi tak jadi sebab ada lebihan ayam masak lemak waktu lunch tu bos order untuk auditor yang datang audit dia. Lepas tu dia tak bagitau staf ada makanan. Staf memasing dah beli makanan sendiri. Cie pun balik lunch time ambil anak sekolah. 

Selepas auditor tu makan, ada lagi 8 ketul tak habis. Staf semua taknak ambil. Cie pun bungkus la 4 ketul untuk Cie dan 4 ketul untuk bos. 


Balik rumah panaskan je, campur belimbing buluh frozen je. Lepas tu tambah telur dadar, ulam timun dan sambal belacan. Dah tak masak menu utama cepat la siap sempat la Cie buat stok sambal belacan. 

1 Julai 2026

Cepat masa berlalu dah masuk Julai dah pun. Kerajinan masih lagi membuak. Kita teruskan memasak menu dinner. Cuma tu la plan nak masak tomyam putih tak kesampaian setelah tersalah ambil perencah sup siam. 


Alkisahnya Cie sediakan bahan tomyam. Ada carrot, bunga kobis, serai. Masa nak masak tu confident je ambil perencah sepeket tanpa tengok ye terus gunting. Nahhh sekali masa nak picit masuk periuk baru nampak.



Takde apa nak dikata la kan. Jadinya teruskan jela. Ambil daun sup dan daun bawang, tabur jela sesudah masak. Warna nak seakan tu yang confident jela. 

Cie masak jugak telur dadar, peria celup tepung bestari, ulam timun dan sambal belacan. Malas nak masak sayur memang timun jepun jela jadi penyelamat. 


2 Julai 2026

Asyik menu ayam je kan. Kita tukar menu ikan pulak. Telur tetap kena ada. Gulai ikan bawal Cie guna rempah gulai ikan Adabi dan letak serbuk cili sikit, santan Ayam Brand. Takde bendi, tomato jela ada. 


Telur mata goreng sos thai, ulam timun dan sambal belacan. Buah naga tu kakak Cie bagi yang abang ipar tanam. Manis elok buahnya. Jarang dah ada gambar buah. Selalunya makan terus je sebelum snap gambar menu dinner. 


3 Julai 2026

Dah habis idea dah bila nak masuk hujung minggu. Gulai ikan bawal ada lagi seketul tak habis. Faiz simpan dalam fridge, Cie panaskan jela. Ikan bawal tu besar memang tak habis la. Adik Rania tak makan sangat ikan. 


Cie buat ayam goreng kunyit, sambal penyet, ulam timun dan tempoyak. Tempoyak tu Cie buat guna durian yang tak berapa sedap dimakan. Takde campur apa. Memang rasa durian la bukan tempoyak. 

Selesai kompilasi menu dinner sepanjang minggu lepas. Menu minggu ni akan menyusul kemudian. Semoga dapat membantu memberi idea kepada yang takde idea nak masak apa tu. 





Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Jap... gambar ai tu.... udang ke apa tu?

    BalasPadam
  2. Ada menu pelbagai, boleh dpt idea nak masak apa nanti. Thx Cie dah share menu²

    BalasPadam
  3. Ya allah hehhee rsjin cie .. ahkak ko ni seminggu rasa nya blm tentu dpt masak 😜😜

    BalasPadam
  4. menu2 menarik. Boleh la masak tomyam nanti, lama juga tak masak.

    BalasPadam
  5. Dalam banyak² tu Akk berkenan dgn sayur petola tu. Sedapnya!

    BalasPadam
  6. yums! sedap dan jimat gitu. ptg semlm MZ masak jugak for dinner--masak nasi goreng letak sardin dan udg ajer ;)

    BalasPadam
  7. Kalau patin tempoyak, sy suka part ekor =q

    BalasPadam
  8. sedapnyaaa masak lemak
    terasa mcm dah lamaaaa x mkn hehehe

    BalasPadam
  9. semuanya sedap2..yang sayur petola tu sedapnya ,lama rasanya tak buat

    BalasPadam
  10. Makanan yang Cie masa lengkap dan ada khasiat semuanya. Nampak menyelerakan pun iya juga

    BalasPadam
  11. ammi kalau weekdays dapur itu kepunyaan suamiku. Jadi atas meja biasanya cuma ada satu lauk/kuah dan satu sayur. Kadang-kadang semua sayur protein dia masuk jadi satu lauk je. Bersyukur jelah ada org tolong masak.

    Tengok sup petola tu teringat petola versi Kyra yang buat ammi makan sambil gelak meleleh-leleh airmata. Tapi ammi tak ingat mana gambarnya...dalam phone sapa ntah.

    BalasPadam
  12. Sedap tu
    Rabia cri pes tomyam putih tu la

    BalasPadam
  13. Eh saya ada diksh juga bumbu sup Siam itu kemarin. Belum dimasak lagi 🤭. Hrs beli bahan2 pelengkap nya dulu

    BalasPadam
  14. Setuju sangat dengan Cie, kadang-kadang kalau beli bungkus kat luar pun dah tak tahu nak pilih kedai mana sebab tekak dah rasa semua. Masak simple kat rumah macam kuetiau goreng atau ayam goreng kunyit pun dah cukup nikmat untuk makan anak-beranak

    BalasPadam
  15. Sama lah chili garlic oil kita kurang minyak

    BalasPadam
  16. Sedaplah ada garlic chili oil tu.
    Akak kalau diminta bungkus lauk pasti suka 🤣

    BalasPadam
  17. Terus bertukar dari tomyam ke sup ya Cie.. Warna peket tu memang seakan-akan pun..

    BalasPadam
  18. Baguslah jangan bazir MLCA ayam itu. Senang tidak payah masak.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.