Monday, 22 December 2014

Resepi Mee Kantonis

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Balik je kerja siapkan diri lepas tuh terus kelentung kelentang kat dapur. Tak tau nak masak apa dah sebenarnya tiba-tiba macam nak makan mee sup tapi terbuat mee lain. Ku letak je nama Mee Kantonis tuh. Haha.

Senang je nak masak nih. Bahan apa yang ada je. Macam Cie suka masak tak ikut sangat resepi asalnya. Ku hentam je janji ada rupa dan rasa kan.

Mee Kantonis

Resepi Mee Kantonis

Bahan-bahan:
Mee kuning
Isi ayam (potong kecil)
Carrot (potong julliene)
Brokoli (potong kecil)
Bunga kobis (potong kecil)
Sawi (potong kecil)
Bawang putih (tumbuk)
Bawang besar (mayang)
Tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Telur
Garam
Kicap cair
Cili padi (potong halus)
Air
Mentega

Cara membuat (kuah):
1. Panaskan mentega didalam kuali. Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu.

2. Kemudian masukkan carrot, brokoli dan bunga kobis. Kacau seketika. Masukkan isi ayam. Biar hingga ayam masak.

3. Masukkan sawi, air, garam dan bancuhan tepung jagung. Biarkan hingga kuah mendidih. Akhir sekali masukkan telur. Sedia untuk dihidangkan.
4. Cili padi potong boleh diletakkan sedikit kicap cair dan boleh dimakan bersama.

Cara membuat (mee):
1. Panaskan sedikit mentega kemudian masukkan mee. Kacau seketika dan renjiskan kicap air sedikit je. Kacau lagi dan jika sudah sebati sedia untuk dihidangkan.

Senang je kan nak masak. Semudah ABC. Hihi. Boleh la try ye.

2 comments:

  1. Sedapnya kalau dapat pekena semangkuk time2 hujan ni :)
    From FAMF Tower

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap farah. Letak cili padi baru menyengat =p~

      Delete