Cie bukan la pengguna tegar iphone yang akan bertukar setiap series. Setiap tahun Iphone akan keluarkan series terbaru. Yang jenis suka tu memang setiap tahun la bertukar agaknya kan.
Cie menjadi pengguna iphone sejak 2017 masa tu Cie ambil pakej Maxis Iphone 8 plus. Guna Iphone pun bukan untuk gaya atau sebagainya. Tapi untuk memudahkan Cie nak buat bisnes. Iphone ni ada kelebihan dari segi boleh storage gambar yang banyak sampai berpuluh ribu, takde hang, takde lag dan sebagainya.
Masa Cie pakai android tu setahun je dah buat hal. Ketika tu handphone android ni tak banyak kelebihan lagi. Masa Cie pakai Oppo tu ada masalah whatsapp. Berkali install dan uninstall tetap sama je tu yang Cie beralih ke Iphone.
Pakai la Iphone 8 Plus dari 2017 hingga 2023. Sepanjang tempoh tu pernah sekali je tukar bateri. Tukar pun sebab dah tak perform. Bateri drain walaupun tak guna.
Cie pun beralih ke Iphone 14 ambil pakej Umobile pulak masa tu pakai Umobile pada Jun 2023. Selepas tiga tahun menggunakan iPhone 14, akhirnya satu keputusan besar dibuat. Bukan kerana telefon ini sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi, tetapi kerana beberapa perkara mula memberi kesan kepada penggunaan harian.
Battery health dah turun kepada 78%. Setiap hari kena charge 4-5 kali. Kalau guna untuk ambil video dan gambar yang banyak handphone akan jadi panas. Kadang-kadang just untuk scroll social media pun jadi panas. Beberapa minggu lepas Cie guna google meet untuk demo masakan staf, tiba-tiba handphone jadi panas sangat. Bila panas line internet akan jadi slow dan lag la video staf Cie buat demo tu. Team dari hospital lain semua komen cakap lag.
Cie dah malas nak tukar bateri baru costly RM400-500 jugak. Normally akan sampai setahun je paling lama pun. Masalah panas dan bateri drain tu takkan bantu selesaikan masalah. Cie pengguna handphone yang tegar jadinya kalau banyak masalah memang mengganggu la penggunaan harian Cie.
Sayang jugak sebenarnya Iphone 14 ni. Cie guna 3 tahun pernah tukar screen protector je 2 kali. Selain tu tak pernah tukar apa-apa. Gambar pun dah 4000+ buat masa ni. Sebelum ni cecah 10k dah Cie transfer dah ke external hard disk.
Sebab itu keputusan untuk bertukar telefon bukanlah sesuatu yang dibuat dalam masa sehari dua. Lama dah Cie cari handphone apa yang bagus setanding dengan Iphone. Sekarang handphone android dah banyak lagi bagus dari Iphone. Cie survey kat Facebook, Threads, Youtube, Google.
Ramai jugak review handphone Vivo lagi cantik gambar dari Iphone. Cie teracun jugak tengok hasilnya sebab Cie suka ambil gambar. Lagi-lagi kalau berblog mesti nak gambar yang cantik.
Berkali-kali Cie tengok pakej yang CelcomDigi tawarkan, berkali-kali juga butang checkout ditutup semula. Hati memang sudah terkenan dengan Vivo X300 Pro, tetapi masih berfikir panjang kerana iPhone 14 masih boleh digunakan walaupun tidak lagi berada pada tahap memuaskan.
Pada mulanya ada juga terfikir untuk menukar bateri, tetapi memandangkan usia telefon sudah melebihi tiga tahun, akhirnya keputusan dibuat untuk beralih kepada telefon baharu. Pilihan jatuh kepada Vivo X300 Pro 5G 512GB melalui pakej CelcomDigi.
Salah satu faktor yang membuatkan pilihan ini terasa lebih mudah ialah sebab Cie dah lama guna pelan postpaid. Sejak guna Maxis, Umobile dan sekarang CelcomDigi. Semua Cie pakai postpaid.
Bil telefon memang kena bayar setiap bulan, jadi apabila ada pilihan untuk mengambil telefon bersama pakej telco, hanya perlu tambah bayaran bulanan untuk telefon je. Daripada mengeluarkan wang yang banyak sekaligus, cara ini dirasakan lebih mudah untuk diuruskan kerana semuanya berada dalam satu bil setiap bulan.
Apa yang menarik perhatian bukan sekadar spesifikasi di atas kertas. Kamera ZEISS, bateri yang besar, storan 512GB dan kemampuan zoom yang dikatakan sangat baik antara faktor yang membuatkan telefon ini dipilih.
Iphone 14 Cie ni kalau zoom memang buruk terus la gambar. Lighting pun kena on point. Kalau lighting suram je memang gambar tak cantik. Gambar malam lagi la tak jadi apa kalau takde lighting.
Entahla keputusan yang bijak atau merugikan ni. Hahahah. Semoga yang baik-baik jela ek. Cie dah selamat check out handphone Vivo tu secara online semalam dan dijangka 3-5 hari bekerja sampai. Nanti Cie review ye menyesal ke tak Cie bertukar dari Iphone 14 ke android Vivo X300 Pro.
Masa beli Iphone 8 Plus 2017 dulu secara online jugak. Iphone 14 Cie beli kat centre Umobile di Berjaya Times Square. Kali ni online lagi sekali melalui CelcomDigi. 3 telco dah Cie guna.
Sebelum pakai 8 Plus 2017 tu dah pernah pakai Nokia, Samsung, Oppo. Yang Cie ingat la. Sekarang macam-macam dah handphone yang canggih-canggih.


2 Ulasan
Saya bukan peminat iPhone walau anak2 semua guna iPhone. bagi free pon saya tak mahu.. hehe. Dah biasa dgn android je.. so far tiada masalah
BalasPadamKita pengguna android tegar hehee.. pernah try iphone tp x tau kenapa bkn citarasa.. insyallah keputusan bertukar henpon tu akan jd keputisan yg bijak... yg penting boleh call dan baca msg hahah🤪
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.