Dari iPhone 14 ke Vivo X300 Pro: Satu Keputusan Yang Bukan Mudah

Cie bukan la pengguna tegar iphone yang akan bertukar setiap series. Setiap tahun Iphone akan keluarkan series terbaru. Yang jenis suka tu memang setiap tahun la bertukar agaknya kan. 

Cie menjadi pengguna iphone sejak 2017 masa tu Cie ambil pakej Maxis Iphone 8 plus. Guna Iphone pun bukan untuk gaya atau sebagainya. Tapi untuk memudahkan Cie nak buat bisnes. Iphone ni ada kelebihan dari segi boleh storage gambar yang banyak sampai berpuluh ribu, takde hang, takde lag dan sebagainya.

Masa Cie pakai android tu setahun je dah buat hal. Ketika tu handphone android ni tak banyak kelebihan lagi. Masa Cie pakai Oppo tu ada masalah whatsapp. Berkali install dan uninstall tetap sama je tu yang Cie beralih ke Iphone.

Pakai la Iphone 8 Plus dari 2017 hingga 2023. Sepanjang tempoh tu pernah sekali je tukar bateri. Tukar pun sebab dah tak perform. Bateri drain walaupun tak guna. 

Cie pun beralih ke Iphone 14 ambil pakej Umobile pulak masa tu pakai Umobile pada Jun 2023. Selepas tiga tahun menggunakan iPhone 14, akhirnya satu keputusan besar dibuat. Bukan kerana telefon ini sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi, tetapi kerana beberapa perkara mula memberi kesan kepada penggunaan harian.

Battery health dah turun kepada 78%. Setiap hari kena charge 4-5 kali. Kalau guna untuk ambil video dan gambar yang banyak handphone akan jadi panas. Kadang-kadang just untuk scroll social media pun jadi panas. Beberapa minggu lepas Cie guna google meet untuk demo masakan staf, tiba-tiba handphone jadi panas sangat. Bila panas line internet akan jadi slow dan lag la video staf Cie buat demo tu. Team dari hospital lain semua komen cakap lag.

Cie dah malas nak tukar bateri baru costly RM400-500 jugak. Normally akan sampai setahun je paling lama pun. Masalah panas dan bateri drain tu takkan bantu selesaikan masalah. Cie pengguna handphone yang tegar jadinya kalau banyak masalah memang mengganggu la penggunaan harian Cie.

Sayang jugak sebenarnya Iphone 14 ni. Cie guna 3 tahun pernah tukar screen protector je 2 kali. Selain tu tak pernah tukar apa-apa. Gambar pun dah 4000+ buat masa ni. Sebelum ni cecah 10k dah Cie transfer dah ke external hard disk.

Sebab itu keputusan untuk bertukar telefon bukanlah sesuatu yang dibuat dalam masa sehari dua. Lama dah Cie cari handphone apa yang bagus setanding dengan Iphone. Sekarang handphone android dah banyak lagi bagus dari Iphone. Cie survey kat Facebook, Threads, Youtube, Google.

Ramai jugak review handphone Vivo lagi cantik gambar dari Iphone. Cie teracun jugak tengok hasilnya sebab Cie suka ambil gambar. Lagi-lagi kalau berblog mesti nak gambar yang cantik.

Berkali-kali Cie tengok pakej yang CelcomDigi tawarkan, berkali-kali juga butang checkout ditutup semula. Hati memang sudah terkenan dengan Vivo X300 Pro, tetapi masih berfikir panjang kerana iPhone 14 masih boleh digunakan walaupun tidak lagi berada pada tahap memuaskan.

Pada mulanya ada juga terfikir untuk menukar bateri, tetapi memandangkan usia telefon sudah melebihi tiga tahun, akhirnya keputusan dibuat untuk beralih kepada telefon baharu. Pilihan jatuh kepada Vivo X300 Pro 5G 512GB melalui pakej CelcomDigi.

Salah satu faktor yang membuatkan pilihan ini terasa lebih mudah ialah sebab Cie dah lama guna pelan postpaid. Sejak guna Maxis, Umobile dan sekarang CelcomDigi. Semua Cie pakai postpaid.

Bil telefon memang kena bayar setiap bulan, jadi apabila ada pilihan untuk mengambil telefon bersama pakej telco, hanya perlu tambah bayaran bulanan untuk telefon je. Daripada mengeluarkan wang yang banyak sekaligus, cara ini dirasakan lebih mudah untuk diuruskan kerana semuanya berada dalam satu bil setiap bulan.

Apa yang menarik perhatian bukan sekadar spesifikasi di atas kertas. Kamera ZEISS, bateri yang besar, storan 512GB dan kemampuan zoom yang dikatakan sangat baik antara faktor yang membuatkan telefon ini dipilih.

Iphone 14 Cie ni kalau zoom memang buruk terus la gambar. Lighting pun kena on point. Kalau lighting suram je memang gambar tak cantik. Gambar malam lagi la tak jadi apa kalau takde lighting.

Entahla keputusan yang bijak atau merugikan ni. Hahahah. Semoga yang baik-baik jela ek. Cie dah selamat check out handphone Vivo tu secara online semalam dan dijangka 3-5 hari bekerja sampai. Nanti Cie review ye menyesal ke tak Cie bertukar dari Iphone 14 ke android Vivo X300 Pro.


Masa beli Iphone 8 Plus 2017 dulu secara online jugak. Iphone 14 Cie beli kat centre Umobile di Berjaya Times Square. Kali ni online lagi sekali melalui CelcomDigi. 3 telco dah Cie guna.

Sebelum pakai 8 Plus 2017 tu dah pernah pakai Nokia, Samsung, Oppo. Yang Cie ingat la. Sekarang macam-macam dah handphone yang canggih-canggih.


Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Saya bukan peminat iPhone walau anak2 semua guna iPhone. bagi free pon saya tak mahu.. hehe. Dah biasa dgn android je.. so far tiada masalah

    BalasPadam
  2. Kita pengguna android tegar hehee.. pernah try iphone tp x tau kenapa bkn citarasa.. insyallah keputusan bertukar henpon tu akan jd keputisan yg bijak... yg penting boleh call dan baca msg hahah🤪

    BalasPadam
  3. ada certain org pakai iphone tktau setting..sudahnya gmbr tk cantik..baik la pki android...dlu pernah menang iphone tp jual sbb kita bkn peminat iphone..vivo mmg best stakat ni dh pakai 3 model

    BalasPadam
  4. Harap Cie akan berpuas hati dengan Vivo tu.
    Ni lah nak citer, Rahimi pun baru lah tukar Vivo X300 pro sebulan lepas. Alasan yang sama lah macam Cie pasal battery health tu. Sebelum ni dia pakai Ip 13. Ni minggu lepas dia kata takde jiwa lah pakai Vivo sebab saiz besar. Agaknya lelaki nak hp saiz compact je. Dia nak refund Vivo tu tukar Ip 16 pro 512gb juga. Masa dia mesej kat akak siap minta maaf dulu jangan ibu marah😁. Akak cakap beli hp macam beli selipar😆😆.

    BalasPadam
  5. Wahh..Kita geng Cie. Welcome to the club.happy for u. =)

    BalasPadam
  6. Akak pernah guna pakage celcomdigi upgrade plan dapat phone free. Ikat kontrak 3 tahun. Apa lagi lah bila dah camtu terus je order. Suka sebab storage besar boleh ambil gambar banyak2.

    BalasPadam
  7. Wahhhhh bestnya ada telefon baru. Semoga telefon barunya menjadi asbab lebih banyak gambar kenangan yang molek-molek dapat dirakamkan

    BalasPadam
  8. Akk pun guna pakej Celcomdigi Cie. Senang dapat phone sekali, bayar la bulan². Camera vivo memang cantik & sharp gambarnya

    BalasPadam
  9. Saya guna nokia android...setakat ni dpt balas whatsapp and angkat call boleh la...

    BalasPadam
  10. Vivo X300 pro ni yg kalau pergi concert gambar sharp tu kan? meletop letop la gambar kak cie lepasni hehehe! tapi nanti mesti kekok sikit nak guna android sebab dah lama tinggal.
    selalunya iphone tahan lama. ni 2-3 tahun dah ada problem memang tak syok la

    BalasPadam
  11. once dah guna Iphone memang payah nak beralih. Semoga keputusan yang dibuat tu betullah. Storage best, RAM besar kira oklah tu.

    BalasPadam
  12. MZ setia dgn samsung jerrr...so far puas hati ajer alhamdulillah

    BalasPadam
  13. linda memnag pengguna android tegar... sebenarnya memang minat huawei je..tapi phone baru nie Oppo, husband belikan..tapi, phone biasa jelah.. sebab bukan pengguna tegar telefon.. janji boleh dihubungi..

    BalasPadam
  14. Iphone memang tang bateri masalah betul. Mula2 je ok. Faa masih juga pakai iPhone 14 Pro. Ada sekali terfikir nak beli samsung flip. Ni tengok Vivo pula. Nanti review photo sekali pls. Pecah tak jika upload sosmed.

    BalasPadam
  15. Sebelum ni memang pengguna Samsung tegar. Lepas tu tukar IPhone 14. Jenuhnya bila tukar tu sebab IPhone ni nak kena setting itu ini. Bukan macam Samsung. Lebih safety dia. Susah juga pada mulanya. Bila lama2 dah biasa ok la.

    BalasPadam
  16. Sha tak pernah guna iPhone ataupun Oppo.. Setia dengan Redmi.. Selalunya Sha pun akan tukar hp, bila hp dah tak perform.. Bila nak cari yang baru memang kena survey habis-habisan lah kan..

    BalasPadam
  17. Kak SA selamanya dengan android...hehehe....

    BalasPadam
  18. Android kalau yg series flagship biasanya oke lah kak. Hp yg saya gunakan juga android ,tp selalu yg flagship atau yg premium series. Dan so far tak pernah bermasalah. Ada 3 hp, yg 1 dah 9 tahun, yg kedua 6 tahun, yg terbaru 2 tahun.

    Yg dah 9 tahun memanglah dah masalah batre , tp wajar sebab usia. Hanya saja utk lain2nya dia masih oke.

    Krn itu tiap ganti hp saya pasti pilih android yg flagship. Dan lagi kamera android jauh LBH bagus 😄.

    BalasPadam
  19. Memang susah juga nak buat keputusan tukar telefon kalau yang lama masih boleh pakai. Tapi bila dah selalu panas dan kena cas banyak kali sehari memang mengganggu. Saya pun banyak tengok review Vivo sekarang, ramai kata kamera dia memang power. Semoga berpuas hati dengan Vivo X300 Pro nanti. Jangan lupa kongsi review selepas guna ya, nak tahu juga macam mana pengalaman bertukar dari iPhone ke Android.

    BalasPadam
  20. Oklah itu sudah ada keperluan untuk tukar telefon baru. Nasib baik tidak kekok guna Android.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.