Tuesday, 2 December 2014

Resepi Roti Telur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari nih Cie nak kongsikan resepi ROTI TELUR. Resepi yang sangat simple. Cie selalu masak pagi-pagi untuk breakfast anak-anak kat rumah pengasuh dan sekaligus Cie bawak bekal pergi kerja.

Masak sendiri lagi best kot. Jarang la breakfast beli kat kedai. Jemu lah menu breakfast kat kedai. Asyik menu yang sama je. Bihun, mee, kuey teow, nasi lemak, roti canai.

Roti telur + sosej + button mushroom + bawang besar + cheese

Roti telur + bawang + button mushroom + cheese

ROTI TELUR CHEESE


Bahan-bahan:
Roti gardenia
Telur
Garam
Bawang besar potong dadu
Button mushroom hiris nipis
Sosej hiris nipis
Cheddar cheese
Butter (boleh guna marjerin)

Cara Membuat:
  1. Panaskan non stick pan kemudian cairkan butter. Tumiskan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan sosej dan button mushroom. Kacau hingga layu. Angkat dan ketepikan.
  3. Pecahkan telur, masukkan garam dan pukul hingga sebati.
  4. Cairkan sedikit butter didalam non stick pan.
  5. Celupkan roti didalam telur. Pastikan mengena kedua-dua belah permukaan roti. Masukkan kedalam non stick pan tadi.
  6. Kemudian letakkan bahan tumis tadi (bawang besar, mushroom button, sosej). Carikkan cheddar cheese dan isikan di atas roti tadi.
  7. Celupkan sekeping roti lagi didalam telur pada kedua belah permukaan roti kemudian lapiskan diatas roti tadi.
  8. Balikkan roti jika sudah keperangan dan cheese dah cair.
  9. Buat sehingga habis.

Dah siap. Senang je nak buat. Simple je. Janji sedap ;)

Selamat mencuba.

4 comments:

  1. Resepi ni saya sukaa sngt..pantang ada roti dan telur..mmg akan buat...tapi kne pastikan kurang minyak....

    Thanks sharing...

    ReplyDelete
  2. alamak lama tak buat roti nie, dulu rajin ekekeke

    ReplyDelete