Resepi Ayam Goreng Crunchy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Last week masak nasi lemak. Biasa mesti makan dengan telur goreng atau telur rebus. Tapi tiba-tiba terlebih rajin nak buat ayam goreng. Tiba-tiba bertambah rajin buat AYAM GORENG CRUNCHY pulak. Hihi.



Senang je buat AYAM GORENG CRUNCHY nih tau. Tepung pun boleh buat sendiri. Tak payah beli dah jimat duit. Yang penting takde perasa yang tidak dibenarkan.

Jom try buat.

Resepi Tepung Ayam Goreng Crunchy




Bahan-bahan Tepung Ayam Crunchy

1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar ketumbar
2 sudu serbuk kunyit
2 sudu rempah kari ayam
1 sudu kecil garam

Cara Membuat Tepung Ayam Goreng Crunchy

1. Sangai jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Kemudian kisarkan.
2. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
3. Sedia untuk digunakan.


Bahan-bahan Untuk Menggoreng Ayam Crunchy


1 ekor ayam yang telah dipotong dan dibersihkan.
Tepung ayam goreng crunchy
2 biji telur
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak Ayam Goreng Crunchy:

1. Pecahkan telur dan pukul.
2. Panaskan minyak masak.
3. Celupkan ayam ke dalam telur.
4. Kemudian lumur dengan tepung ayam goreng crunchy tadi.
5. Goreng sehingga keperangan dan masak.
6. Sedia untuk dihidangkan.


Senang je kan. Buat sendiri lagi berbaloi. Tepung nih pun boleh simpan lama didalam bekas kedap udara kemudian simpan didalam peti. Selamat mencuba ^_^

Share this article:

2 comments: