Air Detoks - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 24 February 2015

Air Detoks

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

AIR DETOKS


Apa itu detoks?


Detoks adalah proses membersihkan usus dari segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dan dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detoks sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Bagaimana nak detoks?

Detoks nih ada pelbagai cara. Ada yang mengamalkan pengambilan suplemen Agen Detoksifikasi Terbaik. Ada juga yang mengamalkan detoks secara alami. Macam yang Cie nak buat nih. Sesaja je try padahal dah berzaman air nih famous kan. Time orang buat kita tengok je. Hihi. Tiba-tiba terajin nak buat.


Bahan-bahan Air Detoks

1 biji lemon
600 ml Air Sejuk / air masak

Cara Membuat Air Detoks

1. Hiris lemon nipis-nipis.
2. Masukkan air ke dalam botol kemudian masukkan cinch energy. Goncangkan sehingga sebati.
3. Masukkan pula hirisan lemon tadi dan goncangkan.
4. Simpan didalam peti sejuk kemudian boleh minum keesokan hari atau sekurang-kurangnya disimpan 3 - 4 jam.

Senang je kan. Actually banyak lagi bahan lain boleh digunakan seperti limau sunkist, limau nipis, limau kasturi, timun, epal hijau, daun pudina. Cie guna sikit je bahan. Nak test je konon-konon. Hihi.

Try la buat memang best rasa ringan je. Air nih kalau dah habis boleh tambah air je sebab rasa lemon tuh masih ada. Kalau nak lebih sejuk boleh masukkan ais.

Selamat mencuba ^_^


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)


Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

4 comments: