Masak pun menu yang simple je. Takdela rumit sangat. Ada lauk, ada sayur pun dah cukup lengkap dah hidangan menu dinner. Lunch kami tak makan nasi jadinya dinner la kena makan nasi.
4 Julai 2026
Hari Sabtu 4 Julai Cie tak masak. Masa tu plan nak makan sate, kedai tutup. Nak makan kuetiau pun kedai tutup. Cie decide nak ke Pasar Setesen jela cari makanan apa yang ada.
Jumpa la kedai jual yong tau fu. Order la beberapa cucuk yang ada. Tak banyak pilihan. Rasa memang out. Telan la juga dah beli kan. Tak sama macam yang kami beli di pasar malam selalu tu.
Kadang pelik orang meniaga ni tak rasa dulu ke sos sebelum jual tu. Ada yang dah lembik terlalu lama celur.
5 Julai 2026
Hari Ahad 5 Julai Cie masak nasi goreng, ayam goreng celup tepung bestari, ulam timun dan cili potong.
6 Julai 2026
Cie sampai rumah je petang 6 Julai tu anak-anak cakap elektrik takde. Mulanya macam malas nak masak tapi masak la jugak. Nasi buat kukus je. Dah 1/2 way masak tu dah ada elektrik. Jadinya teruskan jela kukus tu.
7 Julai 2026
Cie masak asam pedas ikan kerisi letak bendi dan tomato serta daun kesum. Selalu la lupa nak beli bunga kantan. Selalu masak ayam asam pedas, tukar ikan pulak.
Bila masak ikan memang kena la masak ayam jugak. Adik Rania tak makan sangat ikan. Cie masak ayam celup tepung bestari, cendawan celup tepung bestari, telur masin.
8 Julai 2026
Jenuh fikir nak masak apa. Buka fridge ada kicap nasi ayam, sambal nasi ayam yang tak habis hari tu Cie simpan. Lepas tu ada juga sambal penyet. Tingggg terus jadi idea.
Cie hiris bawang putih, bawang holland dan halia. Tumis halia dan bawang putih sampai naik bau. Cie masuk je sambal nasi ayam dan sambal penyet, tumis sekejap.
Sebelum tu dah siap-siap goreng ayam dan kentang. Bila tumisan dah masak, masukkan kicap, kentang dan ayam serta bawang holland. Dah nak masak tu masuk tomato, daun ketumbar dan daun bawang. Dah siap. Anak-anak cakap sedap. Padahal bahan-bahan leftover je.
Cie tambah juga telur dadar, cendawan celup tepung, timun, tempoyak dan cili potong.
9 Julai 2026
Bila dah hujung-hujung minggu semakin takde idea tapi masak la jugak.
Dah agak kering sikit tabur je daun limau purut hiris. Kacau sekejap dah siap. Serai takde dah habis. Kalau ada serai boleh masuk juga.
Tambahan kacang buncis goreng kicap dan ikan masin goreng.
10 Julai 2026
Bila idea takde tapi masak jugak maka kita hentam jela masak kari ayam tanpa santan.
Cie guna rempah kari ayam, rempah gulai ikan yang dah tinggal serba sikit tu yang combine je. Serbuk cili pun letak sikit. Merah terang kejadiannya.
Ada bendi sikit celur cicah dengan cencaluk. Timun, sambal belacan dan telur masin.
Alhamdulillah selesai dah himpunan menu untuk seminggu. Perah idea untuk minggu ni pulak. Kalau takde idea boleh tengok menu yang lama-lama.










0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.