Hari ni anak-anak tak balik tengahari. Kakak Raisha ada koko 2.45pm-4.30pm. Memang terus stay kat sekolah je. Adik Rania pulak ada program Puteri Islam dari 7.45am-4.30pm pun tak balik ni. Program tu peringkat daerah dibuat di masjid kampung. So ustazah la bawak ke masjid tu.
Mulanya Cie berbelah bagi macam malas nak balik lunch. Pagi tadi sarap Aik Cheong cappucino ais dan roti garlic might white seketul kecil je. Bila masuk tengah hari perut lapar pulak. Terbayang nasi khaumok jual kat gerai Batu 2 tu terus la Cie decide balik jela 1pm singgah beli makanan.
Tu yang share la kat sini dah alang-alang snap gambar. Nasi Khao Mok ni jarang juga ada. Rezeki Cie hari ni ada. Waktu Cie singgah tadi masih ada 3 bungkus. Cie ambil sebungkus ayam bahagian kepak. Sebungkus RM8.
Ada nasi, ayam, salad, sos dan sup. Sayur tu memang tak cukup la untuk Cie. Tambah timun dan tomato sendiri baru sedap makan.
Alhamdulillah kenyang dah makan sorang-sorang. Selalu ada adik Rania balik tengahari pukul 1.15pm. Kakak Raisha je balik 2pm. Biasanya lunch dengan adik Rania.
Cie jarang juga lunch makan nasi. Selalunya makan laksa, laksam, kuih muih gitu je. Ikut tahap kelaparan dan tahap keinginan anak tekak nak makan apa.




16 Ulasan
Kebetulan pagi tadi makan nasi khao mok juga. Bawa anak appointment dr di Hospital Pulau Pinang, selesai tu terus pi makan.
BalasPadamSedap pula tengok nasi khao mok-nya. Okay tu, harga RM8.
BalasPadamOk dah tu portion dengan harganya....
BalasPadamSaya belum jumpa nasi khaomok ini tiap ke Malaysia. Memang jarang yg jual agaknya yaa, atau saya yg belum banyak mencari 😅😅. Penasaran
BalasPadamDkt food truck ofis ni jual RM6 / RM7 sebekas. Byk jgk portionnya. Kalau mkn mmg waktu dinner kena mkn yg ringan2 je =D
BalasPadamok dha macam tu...RM8 jimat sangat.. kalau kat spital, beli nasi lauk ayam dengan sayur dah RM10.50.. kikiki.
BalasPadamnak jimat, kita beli set nasi ayam...tapi, makan dekat kafe baru syiokk
Kurang pasti nasi khomok ni, rasa tak pernah makan. Tapi nampak sedap.
BalasPadamfav saya juga ni nasi khoamok..pertama kali makan masa sekolah rendah di Golok Thailand,sampai sekarang tak jumpa lagi rasa yang sama macam tu
BalasPadamsedapnya nasi khaomok.. lama x makan..
BalasPadamterliur la plakkk nmpk sgt sedap laa
BalasPadamSedap plak nampak nasi khaomok ni
BalasPadamSedapnya
BalasPadamBelum ada kesempatan makan nasi khaomok. Susah juga hendak jumpa.
BalasPadamKenyang tu makan nasi Khao Mok.
BalasPadamTak penah makan nasi Khao Mok ni. Macam mana rasa dia ? Tengok dari gambar macam briyani ada, hehehe.
BalasPadamMemang rezeki dapat jumpa port makan yang bukan sahaja mengenyangkan, tapi sedap dan jimat.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.