Lunch Nasi Khao Mok RM8

Jarang-jarang Cie share menu lunch ni. Banyak masa ni sempat la mengarang sekejap. Yang ni tak schedule post memang post on the spot terus. 

Hari ni anak-anak tak balik tengahari. Kakak Raisha ada koko 2.45pm-4.30pm. Memang terus stay kat sekolah je. Adik Rania pulak ada program Puteri Islam dari 7.45am-4.30pm pun tak balik ni. Program tu peringkat daerah dibuat di masjid kampung. So ustazah la bawak ke masjid tu. 

Mulanya Cie berbelah bagi macam malas nak balik lunch. Pagi tadi sarap Aik Cheong cappucino ais dan roti garlic might white seketul kecil je. Bila masuk tengah hari perut lapar pulak. Terbayang nasi khaumok jual kat gerai Batu 2 tu terus la Cie decide balik jela 1pm singgah beli makanan. 



Tu yang share la kat sini dah alang-alang snap gambar. Nasi Khao Mok ni jarang juga ada. Rezeki Cie hari ni ada. Waktu Cie singgah tadi masih ada 3 bungkus. Cie ambil sebungkus ayam bahagian kepak. Sebungkus RM8. 

Ada nasi, ayam, salad, sos dan sup. Sayur tu memang tak cukup la untuk Cie. Tambah timun dan tomato sendiri baru sedap makan. 


Alhamdulillah kenyang dah makan sorang-sorang. Selalu ada adik Rania balik tengahari pukul 1.15pm. Kakak Raisha je balik 2pm. Biasanya lunch dengan adik Rania. 

Cie jarang juga lunch makan nasi. Selalunya makan laksa, laksam, kuih muih gitu je. Ikut tahap kelaparan dan tahap keinginan anak tekak nak makan apa. 


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Kebetulan pagi tadi makan nasi khao mok juga. Bawa anak appointment dr di Hospital Pulau Pinang, selesai tu terus pi makan.

    BalasPadam
  2. Sedap pula tengok nasi khao mok-nya. Okay tu, harga RM8.

    BalasPadam
  3. Ok dah tu portion dengan harganya....

    BalasPadam
  4. Saya belum jumpa nasi khaomok ini tiap ke Malaysia. Memang jarang yg jual agaknya yaa, atau saya yg belum banyak mencari 😅😅. Penasaran

    BalasPadam
  5. Dkt food truck ofis ni jual RM6 / RM7 sebekas. Byk jgk portionnya. Kalau mkn mmg waktu dinner kena mkn yg ringan2 je =D

    BalasPadam
  6. ok dha macam tu...RM8 jimat sangat.. kalau kat spital, beli nasi lauk ayam dengan sayur dah RM10.50.. kikiki.
    nak jimat, kita beli set nasi ayam...tapi, makan dekat kafe baru syiokk

    BalasPadam
  7. Kurang pasti nasi khomok ni, rasa tak pernah makan. Tapi nampak sedap.

    BalasPadam
  8. fav saya juga ni nasi khoamok..pertama kali makan masa sekolah rendah di Golok Thailand,sampai sekarang tak jumpa lagi rasa yang sama macam tu

    BalasPadam
  9. sedapnya nasi khaomok.. lama x makan..

    BalasPadam
  10. terliur la plakkk nmpk sgt sedap laa

    BalasPadam
  11. Sedap plak nampak nasi khaomok ni

    BalasPadam
  12. Belum ada kesempatan makan nasi khaomok. Susah juga hendak jumpa.

    BalasPadam
  13. Kenyang tu makan nasi Khao Mok.

    BalasPadam
  14. Tak penah makan nasi Khao Mok ni. Macam mana rasa dia ? Tengok dari gambar macam briyani ada, hehehe.

    BalasPadam
  15. Memang rezeki dapat jumpa port makan yang bukan sahaja mengenyangkan, tapi sedap dan jimat.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.