Rania Turns One

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Rania Turns One


Alhamdulillah tanggal 6 Februari 2015 anak kedua ibu Syafiyah Rania binti Syairul Faiz Acqmeal genap berusia setahun. Ibu ingat lagi setahun yang lalu adik Rania lahir pada pukul 8.44 pagi dengan berat 2.7 kg secara normal di Dewan Bersalin Hospital Lipis.

Mengamuk nak pegang pisau sendiri. Alahai adik.


Hari nih ibu meraikan hari kelahiran adik Rania dengan bacaan doa selamat untuk adik dan bacaan tahlil untuk opah dan moyang2 adik. Ibu ajak saudara mara, jiran-jiran, kawan-kawan ibu dan babah. Ramai jugak yang datang. Adik pun dapat banyak hadiah. Tapi hadiah adik semua kakak yang punya. Haha. Redha jela dik.

Hadiah adik Rania.

Banyak adik Rania dapat hadiah.


Menu banyak jugak mee kari, bihun goreng, karipap, tembosa, nugget, potato wedges, bubur pulut hitam, chocolate fountain. Kek adik ibu beli chocolate indulgence secret recipe jela. Makanan semua hasil tangan saudara mara je.

Ibu beli kek Secret Recipe je malas nak tempah kek biasa. Kek nih dah sah-sah sedap. Favourite cake kakak. Belum potong lagi dia colek dah. Haha


Antara tetamu yang datang. Tak sempat nak snap picture makanan. Kena serbu dah. Hihi


Alhamdulillah majlis jamuan berjalan dengan lancar. Cuaca pun ok cuma dah petang sikit hujan renyai kejap je. Selesai dah majlis hari kelahiran adik Rania yang pertama. Adik Rania dah setahun.

Ibu doakan adik cepat dapat jalan, semoga adik menjadi anak yang solehah, mendengar kata ibu dan babah, semoga adik diberi kesihatan yang baik. Semoga adik berjaya dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada semua yang datang memeriahkan majlis. Terima kasih juga atas hadiah yang diberikan. Kami sekeluarga memohon maaf jika ada kekurangan.

Ibu seronok sangat sebab dapat jumpa kawan sekolah rendah ibu. Walaupun duduk sekampung tapi jarang pun berjumpa. Masing-masing sibuk menguruskan keluarga.

Kakak Raisha dengan kawan baik dia mamat Haikal. Sama baya tapi kakak lahir bulan 9. Mamat lahir bulan 11.

Ayahnda, Kak Pi, Ngah, Ta. Baby boy tuh anak kawan babah.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)


Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
Share this article:

2 comments: