Wednesday, 11 March 2015

Resepi Mee Cintan Ladna

Assalamuakaikum. Salam Sejahtera.

Menu berbuka puasa hari ketiga Mee Cintan Ladna. Tapi tuhla nak kata ladna macam bukan. Tapi yelah kot. Haha. Punya la tak tau nak makan apa. Jenuh duk fikir menu berbuka. Akhirnya apa yang ada jela campak-campak siap.


Mee Cintan Ladna


Jom kita tengok apa-apa bahannya ye. Sambil pejam boleh masak nih. Hahaha.

Resepi Mee Cintan Ladna

Bahan-bahan:

4 keping mee cintan
50 gm isi ayam
2 ulas bawang putih cincang
1 biji bawang besar (size kecil) potong nipis
10 gm carrot potong julienne
10 gm brokoli potong kecil
Sedikit tepung jagung
Sedikit minyak
Sedikit mentega
Sedikit kicap manis
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuat:
1. Rebuskan mee cintan sehingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit mentega kemudian tumiskan bawang putih cincang hingga naik bau. Masukkan mee cintan. Renjiskan dengan kicap. Kacau rata kemudian ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan besar sehingga layu.

3. Masukkan carrot dan brokoli kacau rata.

4. Masukkan pula isi ayam. Kacau seketika kemudian masukkan air. Kacau lagi.

5. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Perasakan kuah dengan garam. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan sampingan mee. Limau kasturi, ikan bilis goreng, bawang goreng, cili jeruk


Kuah ladna

Nih la mee cintan yang Cie guna. Goreng pun sedap jugak mee nih



Bahan-bahan sampingan:
1 biji limau kasturi
3 biji cili jeruk
Sedikit ikan bilis goreng
Sedikit bawang goreng

Dah siap semua masa nak makan nanti baru tuangkan kuah. Boleh juga tambah telur atau makanan laut.

Selamat mencuba ^_^



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

1 comment: