Resepi Mi Ramen Goreng Udang

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Alhamdulillah selesai dah puasa ganti hari ke empat. Idea menu nak berbuka hari nih mencurah-curah je. Kebetulan duk cari resepi air kat majalah RASA online staff nak buat demo sekali terjumpa macam-macam resepi zasss terus dapat idea.

Berkenan kat 2 resepi tapi kena buat 1 jela. Suhun Goreng Ayam dengan Mi Ramen Goreng Kari tapi tukar buat Mi Ramen Goreng Udang. Tak termakan nanti banyak-banyak. Lunch time gigih keluar cari bahan-bahan. Terus cari bahan untuk nasi air esok.

Senang je nak masak mi ramen nih. Bahan-bahan yang mudah je.


Mi Ramen Goreng Udang


Mi Ramen Goreng Udang


Bahan-bahan:

3 peket mi ramen
100 gm udang sederhana buang kepala je
100 gm taugeh
20 gm carrot dipotong julliene
1 batang sosej potong kecil
1 biji bawang putih dititik
1/2 biji bawang besar hiris
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sedikit kicap manis
Minyak untuk menumis


Bahan-bahan Hiasan:

Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit bawang goreng


Cara Membuat:

1. Panaskan minyak tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.

2. Masukkan carrot. Kacau sehingga carrot masak. Masukkan pula udang dan kacau lagi sehingga masak. Kemudian masukkan sosej. Kacau seketika.

3. Masukkan sos-sos dan kicap. Kacau rata dan masukkan mi ramin. Kacau lagi hingga sebati.

4. Masukkan taugeh dan kacau rata.

5. Sedia untuk dihidangkan. Hias dengan bawang goreng dan daun sup serta daun bawang.

Siap dah mi ramen daku. Kalau nak pedas boleh tambah cili padi potong atau cili jeruk. Pasti terangkat. U ols try la memang puas hati. Selalu makan dengan steamboat. Kali nih kita goreng pulak.

Selamat mencuba ^_^



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)



Share this article:

No comments:

Post a Comment