Resepi Murtabak Maggi Cheese

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Berbuka puasa hari nih masak yang simple sangat. Tapi sedap. Hihi. Jom layan RESEPI MURTABAK MAGGI CHEESE.




BAHAN-BAHAN MURTABAK MAGGI CHEESE

2 peket mi segera maggi
3 biji telur
2 keping cheese chesdale
1/2 biji bawang besar potong dadu
20 gm carrot potong dadu kecil
Sedikit butter


CARA MEMBUAT MURTABAK MAGGI CHEESE

1. Rebus mi segera maggi hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Gaulkan perencah dengan mi segera yang di tos tadi hingga sebati.
3. Panaskan butter didalam non stick pan. Tumiskan bawang besar dan carrot hingga layu.
4. Masukkan bawang dan carrot tumis ke dalam telur dan pukul rata. Curahkan ke dalam mi segera tadi. Gaul sebati.
5. Panaskan sedikit butter didalam non stick pan. Kemudian masukkan mi segera tadi.
6. Setelah masak sebelah terbalikkan kemudian carikkan cheese di atas murtabak. Biarkan hingga masak dan cheese cair.
7. Sedia untuk dihidangkan. Buat sehingga habis. Boleh juga buat kecil-kecil atau besar. Kalau besar dapat 2 keping.

Senang je kan. Nanti boleh cicah dengan mayonis dan sos.

Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)
Share this article:

No comments:

Post a Comment