Pagi tadi Cie tak masak sarapan. Takde apa nak dimasak. Tambahan pulak tak berapa rajin nak masuk dapur. Mintak Faiz beli sarapan di kedai depan taman tu je. Malas juga nak bersarapan di kedai.
Faiz dan adik Rania makan Nasi Lemak Ayam, Cie menu Lontong dan kakak Raisha menu Roti Canai. Selepas siap sarapan baru la kami keluar beli barang dapur.
Siap beli barang dapur pusing bandar kejap nampak la kaum India tengah berarak sambil membawa kavadi. Lalu depan kuil pun masih ramai kaum India menyambutnya.
Balik rumah settle semua barang dapur yang dibeli. Faiz settle bab lauk. Dia beli ayam dan ikan je. Cie settle bab sayur. Masuk semua dalam bekas. Sambil prepare bahan masak menu lunch.
Untuk lunch Cie masak Sardin Goreng, Ayam Goreng Berempah, Telur Dadar, Timun dan Salad serta Sambal Belacan.
Minggu ni ada buah jambu dan buah naga je. Sedap buah naga tu manis betul. Potong sebelah je, sebelah lagi simpan.
Cie sempat buat stok Sambal Belacan jugak senang nak makan kalau buat siap-siap ni. Dah siap masak, mandi dan boleh berehat.
Entri untuk minggu ni dah siap schedule. Dari Isnin hingga Jumaat dah siap-siap. Demi menjimatkan masa. Kalau dah schedule senang weekdays dah boleh fokus blogwalking je.

12 Ulasan
Ada tips baru nak terus kemas kini blog..terbaik saya rasa..bila baru nak cari idea ni yang Etuza late updated ni..sarapan menyelerakan..
BalasPadamSaya pun sama macam Cie, kalau sarapan pagi-pagi, kalau sempat masak, saya masak tapi kalau tak sempat ataupun tak ada mood nak masak, kedai mamak lah tempatnya.
BalasPadamLama sudah tak makan roti canai. 😭
BalasPadamSarapan dan makan tengahari nampak sedap Cie....alhamdulilah.
BalasPadamSesekali makan sardin sedap.
BalasPadamCantik hidangan... colourfull.
pagi ni Kak SA buat cekodok cicah sambal sardin je sebab kepenatan berjalan semalam....
BalasPadamLontong tu nampak sedapnya
BalasPadamWah, lengkap betul menu hari ni 😋 sarapan lontong & roti canai, lunch pun full lauk!
BalasPadamalhamdulillah, sedap2 belaka tu
BalasPadamOh libur Krn thaipusam ya kak. Saya sempat bingung pas baca bbrp tulisan teman2 blogger Malaysia yg mereka libur. Sebab thaipusam , Deepavali, tak dijadikan libur umum kalau di Indonesia, sebab kaum India pun kecil sangaaat jumlahnya di sini.
BalasPadamSaya saja baru tahu thaipusam dan Deepavali, saat kuliah di Penang. Sebelum itu memang tak tahu .
bila buat stok sambal belacan tu memang mudahlah.. Nak makan je ambil kan..
BalasPadamLengkap menu lunch Cie. Bagusnya, prepare siap-siap, bahan untuk masak dan draft blog seminggu. 👍
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.