Lunch Di Mikha Sup Station Dan Singgah Library

Cerita minggu lepas tapi aci jela baru nak cerita minggu ni. Nak cerita hari kejadian jadi macam banyak pulak posting dalam sehari. Maka kita schedule jela untuk minggu ni. 

Sabtu minggu lepas bersamaan 31 Januari 2026 Cie tak masak. Makan luar je dengan anak-anak. Kebetulan adik Rania nak ke library dengan kawan-kawan pukul 3 petang. So sekali jalan terus la makan dan pergi library.


Lama tak makan di Mikha Sup Station, lepas Zohor ke situ la kami. Mujur buka dan takde orang pun makan kat situ. Kami order:
  1. Nasi air campur dan cincau ais - Cie
  2. Mi sup ayam dan air botol sarsi - Rania
  3. Kerabu maggi dan teh o ais - Raisha
  4. Keropok lekor goreng





Semua sekali tadi RM37. Terlebih kenyang pulak makan semangkuk nasi air tu memang banyak. Bahan campur tu pun banyak. Terlajak kenyang mula la mengantuk. 



Siap makan terus gerak ke library. Nak ke library konon nak membaca tapi mata terkulat-kulat la mengantuk. Ambik la jugak buku dah alang-alang sampai tu. Tapi hanya mampu selak-selak je buku tu.


Bila kawan-kawan adik Rania dah sampai Cie nak balik dulu malas nak menunggu situ. Nak baring dulu kat rumah. Elok je sampai je rumah Cie baru letak kepala je masuk whatsapp “ibu, ambil sekarang”. 4km je dari rumah ke library tu.

Ishhhh geram la sungguh kitanya baru je nak lelapkan mata selelap 2 dah suruh ambil. Budak-budak kan berjanji dengan kawan sekejap je pun. Kalau tau sekejap je takdela balik dulu terus je tunggu.

Keluar la semula dengan kakak Raisha ambil si budak kecik tu. Elok je dah sampai situ masuk whatsapp lagi “ibu, ambil 4.15”. Ewahhhh ibu terus jawab “ibu kat luar ni”. Masa tu 4.05 minit dah. Terus dia keluar. Masuk kereta je dengan muka tak bersalah.

Haihhh la budak ni scam ibu. Kakak Raisha pun cakap lepas ni tak payah percaya dah. Entah apa-apa la bincang dengan kawan katanya buat kerja kumpulan.


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. cenggitu jer dia bagai arahan kat ibu.. ingt main main ke nak hantar amik hahahaha...
    bertabah la nak layan kerenah anak tgh membesar ni huhuuu

    BalasPadam
  2. cuti kali ni x pi jalan- jalan ye Cie..akak semalam la kebetulan ada wedding kawan Dania...lepas tu x dan nak staycation sebab last minut Dania cakap xde cuti dan ada program pagi ni..nasib baik x sempat book hotel

    BalasPadam
  3. Aduh, baru nak lelap ye Cie hehe ...best library dekat rumah ni, boleh lepak library selalu

    BalasPadam
  4. Haha, budak-budak memang macam tu 😂 siap “scam” ibu lagi..

    BalasPadam
  5. Larrr baru nak zzz dah whatsapp. Nasib baik la ritu dania lepak dengan kawan dia kat library siap solat zohor lagi kat situ dan boleh la ummi dia rehat kejap. Nak lelapkan mata tak lelap2 juga matanya.

    BalasPadam
  6. Kerabu Maggi nampak sedap la Cie...

    BalasPadam
  7. Sy ada buku 25 rasul tu.. hehehe... bebudak ni mmg mcm tu, ikut masa dia je kalau nak hantar ambik ke mana-mana... kekadang geram jugak tapi layan je

    BalasPadam
  8. Memang lah, anak saya pun pernah begitu 🤣🤣. kalau driver mereka sedang off, biasanya mereka saya pesankan Go-ride. Yg pakai motor. Pernah saat sudah dipesan, Go-ride dah tiba, dia pula bilang sekejap lagi. Oh tak bisaaaaa, LGS saya suruh kluar saat itu juga, supaya driver Go-ride tak tunggu lama. Siapa suruh minta jemput cepat , tp setelah dijemput malah masih mengobrol 😄.

    Sedapnya Lekor 😍😍😍😍. Paling rinduuuu saya dengan snack Lekor ini tiap ke Malaysia

    BalasPadam
  9. anak2 kan...macam tu lah.. kadang tu, ibu guna kuasa veto je...takde dakwa dakwi.. geram aihhh

    BalasPadam
  10. Adoilah.. Sabar je lah dengan anak-anak ni.. Macam anak-anak sha juga ni..

    BalasPadam
  11. Keluar masuk, keluar masuk rumah ini, perkara biasa bila anak-anak fasa remaja ni. Hehe... nasi air campur tu dipenuhi daging. 😋

    BalasPadam
  12. Keropok lekor tu best. Mesti garing.

    BalasPadam
  13. Kerabu maggi tuh nampak menggoda. Tugasan hantar dan fetch anak-anak udah jadi sebahagian jadual parents walaupun kadang-kadang rasa lemau badan dok pi balik melayannya

    BalasPadam
  14. Mana nak cari kerabu megi malam² ni😁

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.