Friday, 13 March 2015

Resepi Nasi Air

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Menu berbuka hari nih dari semalam lagi dah fikir. Hihi. Semangat nak masak NASI AIR resepi sendiri. Tempat paling best makan nasi air kat Temerloh. Memang best. Rasa tak cukup semangkuk. Masa duduk Jengka dulu selalu la ke Temerloh.



Kalau versi nasi air kat Temerloh tuh guna sup daging. Daku nih kurang rajin so sup ayam jela. Actually atas kita je pun. Nak makan dengan tom yam pun takde hal kot. Hihi.

Resepinya mudah je cuma jadi rumit sebab bahan kecil-kecil je. Jom kita tengok my own recipe.

Bubur Nasi

Bahan-bahan Bubur Nasi:
20 gm beras
Air secukupnya

Cara Membuat Nasi Air:
1. Cuci beras bersih-bersih kemudian toskan.
2. Masukkan beras dan air ke dalam periuk.
3. Biarkan hingga masak.

Sup Ayam



Bahan-bahan Sup Ayam:
1 biji bawang putih dititik
1/2 biji bawang besar dihiris
1 cm halia dipotong julienne
1/4 batang carrot
2 ketul ayam dipotong kecil
1 sup bunjut
Garam secukup rasa
Sedikit minyak
Air secukupnya

Cara Membuat Sup Ayam:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan sup bunjut sehingga naik bau.
2. Masukkan carrot kacau seketika.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika.
4. Masukkan air. Perasakan dengan garam.
5. Biarkan sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.

Kangkung Goreng


Bahan-bahan Kangkung Goreng
1 biji bawang putih dititik
1/2 biji bawang besar dihiris
1 ikat kangkung dipotong  kecil
Garam secukup rasa

Cara Membuat Kangkung Goreng
1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar.
2. Perasakan dengan garam kemudian masukkan kangkung.
3. Kacau sedikit dan biarkan kangkung masak.
4. Angkat dan hidangkan.

Ikan Bilis + Lobak Masin Goreng

Bahan-bahan Ikan Bilis + Lobak Masin Goreng
Segenggam ikan bilis yang dikopek
6 ketul lobak masin dipotong kecil
1/2 biji bawang besar dihiris
Sedikit minyak

Cara Membuat Ikan Bilis + Lobak Masin Goreng
1. Panaskan minyak kemudian gorengkan ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang sama goreng lobak masin hingga garing kemudian masukkan bawang goreng. Kacau hingga bawang layu.
3. Angkat dan gaulkan bersama ikan bilis tadi

Bahan-bahan Sampingan Nasi Air


1 biji telur masin direbus
1 biji limau kasturi 
Sedikit daun bawang dan daun sup
Sedikit bawang goreng



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

1 comment:

  1. owh nasi air ni mcm moi sup dikedah.. Moi tu adalah bubur nasi. Dimakan dengan sup mcm bihun sup. cumatak ada lah kangkung, telur masin tu.. :)

    ReplyDelete