Padi House Di Putrajaya - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 4 May 2015

Padi House Di Putrajaya

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Lepas habis S2U Wellness Workshop terus singgah kat IOI Shopping Mall sebelah je dengan Palm Garden Resort tuh. Jalan-jalan kejap je ramai sangat orang. Nak cari surau punya la susah. Bayangkan sebesar alam tuh surau ada 1 je. Tuh pun kat tingkat atas sekali.

Tak tau nak makan apa so ajak husband makan western. So Cie pun gigih la google western food restaurant kat putrajaya tuh. Mula-mula jumpa kat Presint 15 tapi kedai tuh tutup pulak. So gigih google lagi jumpa la kat Galleria Presint 4. So husband pun gerak ke sana. Belakang bangunan pejabat husband je rupanya. Nama restoran tuh Padi House. Belasah jela asalkan western food.


Kakak suruh snap picture dia dari belakang je. Huhu


Cantik jugak environment restoran tuh. Luas jugak muat la kalau nak buat reunion ramai-ramai atau ada party apa-apa. Selesa jugak makan kat situ. Cuma tak selesa bila anak-anak sukar dikawal. Mujur 2 orang je anak perempuan. Kalau anak lelaki mau terbalik restoran tuh kan. Haha. Ibu tak dapat nak makan dengan aman.


Menu Padi House

Hamboi 2 beranak tuh gigih menonton televisyen. Adik pulak duk cari idea macam mana nak gegarkan restoran tuh. Hiks

Hah kan dah kata. Dah gegar tuh. Kat bawah dah bersepah kertas, pensil, order form


Menu kat situ lebih kurang Chili's je. Cie order quesadillas. Dalam tortilla tuh ada isi ayam, bawang, cili benggala, cheese. Dihidang dengan sour cream. Lagi satu tuh tak tau macam salsa. Tengok dalam gambar nampak kecil je. Sekali yang datang bapak besar. Jenuh nak habiskan laki bini. Haha. Bayar mahal so kena habiskan la. Air pulak Cie order air peach je.


Besar gedabak. Tak habis pun makan sorang


Husband pulak order apa entah. Macam burger je daku tengok. Air dia order honey lemon juice. 


Nachos tuh yang best. Hihi


Anak dara besar si kakak nak makan kek. Ibu pun order la moist chocolate cake. Bersungguh dia makan. Memang betul-betul nak makan.


Kek coklat kakak


Dah habis je makanan terus ajak husband balik. Dah macam makan kat kedai mamak je anak-anak punya kerja. Huhu. Besepah kat lantai, kat meja. Semua sekali husband kata dalam rm70 lebih dah plus GST bagai. Tuhla kan restoran charged GST pun kita tetap pergi kan. Cie nih pulak kalau bab makanan tak kira mahal ke murah ke kalau rasa nak makan Cie makan je memang tak tahan-tahan dah.

Kalau sesiapa yang suka western food kat Padi House nih memang pilihan yang tepat. Service pun quite good. Style order makan kat situ ala-ala kopitiam. Kita just tulis kod makanan je kat order form yang mereka sediakan. Lepas tuh panggil je waiter untuk ambil pesanan yang kita tulis tuh. Kebanyakkan pekerja warga asing.

Restoran nih betul-betul kat dalam Galeria PJH, ground floor. Kalau sampai lobi tuh terus nampak Padi House.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment