Redeem Point 7E & Grab Buy 1 Free 1 Promo

Setiap petang Ahad memang akan ke 7E Cafe untuk beli makanan sarapan adik Rania setiap pagi. Sejak dia pengsan kat sekolah dulu tu memang Cie wajibkan dia sarapan dulu sebelum ke sekolah. Tapi tu la pilihannya roti jela. 

So tadi ke 7E la kami selepas Cie siap masak menu dinner. Lagipun hari ni last day promo beli 1 percuma 1 tu. Nak beli la apa yang patut. Takdela banyak pun berpada-pada nak swipe kad encik suami. Hahaha. 


Macam biasa la dia tunggu je dalam kereta. Pass kad je. Cakap nak beli roti je sekali keluar macam-macam pulak kat tangan kami 3 beranak. Tu pun dah guna Cie punya point takdela dia terkejut tengok notification masuk. Masuk je kereta dia cakap banyaknya beli. Hahaha. Kakak Raisha jawab guna point ibu. Dia yang swipe kad babahnya. 

Baru ni Cie dapat 300 points yang akan expired 8 Julai. Dah terperasan tu terus guna. Banyak kali Cie terlepas pandang rugi jugak. 300 tu tolak dalam RM3 kira ok la jugak. Tadi cashier tu tolak semua point yang boleh tolak 540points. So tinggal la sikit dah. Nanti banyak semula setiap minggu jadi loyal customer 7E sampai dapat Super Fan la. 


Untuk promo beli 1 percuma 1 Cie tak ambil banyak pun. Terlupa bawak beg. Yang mana muat tangan jela. Beli Mamee cup tu nak try perisa laksa sarawak dan wagyu boat noodle. Aik Cheong Cie beli yang chocolate dan repeat beli white coffee. 



Adik Rania beli roti je untuk dia sarapan setiap hari. Lepas tu budak-budak ni FOMO beli matcha dutch lady tea live yang viral kat tt dan Cie tengok kat threads. Cie try la sikit rasa susu, matcha tu light je. Rasa sikit ok la tak minat matcha. 

Kakak Raisha beli biskut coklat cip 7E tu sedap jugak. RM2.50 sekeping bulat leper. Tak snap gambar tadi dalam kereta dah makan. 


Catat Ulasan

0 Ulasan