Redeem Point 7E & Grab Buy 1 Free 1 Promo

Setiap petang Ahad memang akan ke 7E Cafe untuk beli makanan sarapan adik Rania setiap pagi. Sejak dia pengsan kat sekolah dulu tu memang Cie wajibkan dia sarapan dulu sebelum ke sekolah. Tapi tu la pilihannya roti jela. 

So tadi ke 7E la kami selepas Cie siap masak menu dinner. Lagipun hari ni last day promo beli 1 percuma 1 tu. Nak beli la apa yang patut. Takdela banyak pun berpada-pada nak swipe kad encik suami. Hahaha. 


Macam biasa la dia tunggu je dalam kereta. Pass kad je. Cakap nak beli roti je sekali keluar macam-macam pulak kat tangan kami 3 beranak. Tu pun dah guna Cie punya point takdela dia terkejut tengok notification masuk. Masuk je kereta dia cakap banyaknya beli. Hahaha. Kakak Raisha jawab guna point ibu. Dia yang swipe kad babahnya. 

Baru ni Cie dapat 300 points yang akan expired 8 Julai. Dah terperasan tu terus guna. Banyak kali Cie terlepas pandang rugi jugak. 300 tu tolak dalam RM3 kira ok la jugak. Tadi cashier tu tolak semua point yang boleh tolak 540points. So tinggal la sikit dah. Nanti banyak semula setiap minggu jadi loyal customer 7E sampai dapat Super Fan la. 


Untuk promo beli 1 percuma 1 Cie tak ambil banyak pun. Terlupa bawak beg. Yang mana muat tangan jela. Beli Mamee cup tu nak try perisa laksa sarawak dan wagyu boat noodle. Aik Cheong Cie beli yang chocolate dan repeat beli white coffee. 



Adik Rania beli roti je untuk dia sarapan setiap hari. Lepas tu budak-budak ni FOMO beli matcha dutch lady tea live yang viral kat tt dan Cie tengok kat threads. Cie try la sikit rasa susu, matcha tu light je. Rasa sikit ok la tak minat matcha. 

Kakak Raisha beli biskut coklat cip 7E tu sedap jugak. RM2.50 sekeping bulat leper. Tak snap gambar tadi dalam kereta dah makan. 


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Tengok tengok macam sedap jee,, tapi sayang lokasi kat malaysia

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah rezeki dapat redeem points dan beli barang best percuma satu. Choco latte itu macam mengancam je

    BalasPadam
  3. Rajin Cie belanja kat 7E, rupanya zaman now beli kat 7E pun ada points ek. Kita jarangla membeli kat sana, kopi pun biasa bancuh sendiri, nampak menarik pulak la..7E dua tiga biji ada kat area Taman ni ha.

    BalasPadam
  4. kalau selalu ke 7E ni mmg wajiblah kumpul point kan
    'pulangannya' pun agak berbaloi jg tu

    BalasPadam
  5. Kita selalu ke 7E gak beli jajan, tapi takde donlod apps.. so memang takde laa kumpul points tu

    BalasPadam
  6. Akk nak try mamee chef yg wagyu tu tapi cari dekat giant hari tu takde pulak.

    BalasPadam
  7. Waaah bagus juga manfaatin poin. Drpd hangus nanti kaaan 😁👍. Kalau ada promo begitu, memang saya pun akan pakai juga. Apalagi utk produk2 yg sering diguna pakai

    BalasPadam
  8. Rajin Cie redeem points dan guna promosi yang ada. Akak sudah uninstall app 7-Eleven ni. Tapi sebelum buang dari phone, sempat redeem semua points sebelum expired. Hehe..

    BalasPadam
  9. matcha strawberry tealive belum pernah rasa lagi. ingatkan dah lama menu tu ada kat tealive

    BalasPadam
  10. Seronoknya bila dapat tebus points macam ni, rasa macam dapat duit percuma pula! Betul tu Cie, kalau tak belek betul-betul dalam aplikasi, memang rugi kalau dibiarkan expired begitu saja. Berbaloi sangat dapat tolak sampai RM3+ untuk barangan dapur/sarapan anak.

    BalasPadam
  11. Itu la gunanya ada point...boleh redeem..saya pun suka tolak point bila beli dkt 7E..

    BalasPadam
  12. RM 3 pun best jer dpt redeem!! MZ beria kumpul points zuss..sbb senang jer just check-in hari2 utk kumpul points. jrg2 jer beli kat zuss pun sebenarnya

    BalasPadam
  13. Chef laksa tu sedap. SIni kalau ada stock memang kadang beli.

    BalasPadam
  14. ammi jarang guna apps 7e ni. First time download kan dapat points pastu masa raya haritu pun dapat 500 points. Lepas tu baru ni ammi baru buka apps tu tengok ehhhhh 800 points dah expired. Sayang pulak rasanya sbb tak alert.

    Pastu ada satu kes tu ammi ni berhenti di Petronas, masa nak membeli di Cafe Mesra ammi gi tunjuk apps 7e sebab nak points. hahahhah budak tu macam "ni apps 7e ni kak".. hahhahah malu tau kita.

    BalasPadam
  15. cie duta 7E, kejap je terkumpul points tu nanti

    BalasPadam
  16. Itulah alang-alang guna semua mata sebelum luput. Hehe kalau muat turun aplikasi kena rajin pula datang melawat 7E

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.