Menu Lunch Nasi Arab Mandi

Terajin sikit hari ni masak nasi arab mandi. Nak try rempah mandi yang Cie beli kat Shopee brand Hexa. Biasanya Cie masak nasi arab buat rempah sendiri je. Masuk kitchen 11 lebih, 1pm baru siap masak. 


Tak rumit pun sebenarnya masak nasi berperisa ni. Nak buat nasi arab ni Cie akan rebus dulu ayam. Masuk la segala bahan dan rempah. Bila ayam dah masak, toskan dan gaul ayam dengan rempah. Lepas tu bakar sekejap. 

Air rebusan tu boleh guna untuk masak nasi dan sup. Buat sambal, salad timun. Tu jela senang je. Takde nak kena menumis bagai. 





Lepas solat Zohor dah boleh makan lunch. Bagi Cie rempah mandi ni mudah la untuk orang yang baru nak cuba buat nasi arab. Rempah tu dah lengkap semua bahan cuma gaul kat ayam je. 




Untuk nasi dan sup pun boleh je guna rempah yang sama tu. Sebotol rempah Hexa ni harganya RM12.30 150gm. Boleh guna banyak kali juga tu. Cie beli dari seller ni Hexa Food Official Store


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Nampak mudah bila ada pes gitu.. cuma rajin ke tidak je hehe

    BalasPadam
  2. Salute dengan Cie, rajin masak di hujung minggu. Elok betul kejadian nasi arab Cie. Udah rupa yang kat restoran punya. 😋

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, sedapnya nasi Arab. Lama tak makan..

    BalasPadam
  4. Alamak....terbaca entry ini di waktu pagi di kala baru hendak berjinak-jinak mengganti puasa....langsung daku tergoda😅

    BalasPadam
  5. kalau org salah baca tu dia ingat ayam pun kena mandi dengan rempah hehehehe

    BalasPadam
  6. rajinnya Cie.. bila2 lah nak cuba juga nanti..

    BalasPadam
  7. kt umah mmg masak nasi arab guna rempah dr hexa ni...mmg sedap

    BalasPadam
  8. Aiiih nampak cantik plating nya kak. Macam tak terlihat pakai bumbu siap masak 😍😍😍. Saya catat lah nama bumbunya. Nanti cari kalau kesana

    BalasPadam
  9. wahh rajinnya masak nasi arab! senang ada rempah tu sebab tinggal lumur kat ayam je..
    biasa kalau masakan arab ni renyah sikit kena campur rempah itulah, ini lah

    BalasPadam
  10. Wah, nampak sedap betul kejadian nasi arab mandi tu, Cie! Elok sangat rupa parboiled rice tu sebutir-sebutir. Betul, bila ada rempah siap macam brand Hexa ni, kerja memasak jadi jauh lebih mudah dan tak renyah. Sesuai sangat untuk orang yang baru nak belajar masak nasi arab.

    BalasPadam
  11. nampak sedap. food presentation setaraf kedai dah tuuuu

    BalasPadam
  12. Nampak sedapp. Konfem sedap ni, hehehe.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.