Tak rumit pun sebenarnya masak nasi berperisa ni. Nak buat nasi arab ni Cie akan rebus dulu ayam. Masuk la segala bahan dan rempah. Bila ayam dah masak, toskan dan gaul ayam dengan rempah. Lepas tu bakar sekejap.
Air rebusan tu boleh guna untuk masak nasi dan sup. Buat sambal, salad timun. Tu jela senang je. Takde nak kena menumis bagai.
Lepas solat Zohor dah boleh makan lunch. Bagi Cie rempah mandi ni mudah la untuk orang yang baru nak cuba buat nasi arab. Rempah tu dah lengkap semua bahan cuma gaul kat ayam je.
Untuk nasi dan sup pun boleh je guna rempah yang sama tu. Sebotol rempah Hexa ni harganya RM12.30 150gm. Boleh guna banyak kali juga tu. Cie beli dari seller ni Hexa Food Official Store.









2 Ulasan
Nampak mudah bila ada pes gitu.. cuma rajin ke tidak je hehe
BalasPadamSalute dengan Cie, rajin masak di hujung minggu. Elok betul kejadian nasi arab Cie. Udah rupa yang kat restoran punya. 😋
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.