Sarapan Pagi Dan Review White Coffee Aik Cheong

Pagi ni takde ke mana-mana so memang sarapan di rumah jela. Cie masak naan cheese dan paratha beli semalam. Kakak Raisha nak puri, cari yang frozen takde kat BS. Habis stok agaknya. Tu yang beli naan cheese dan paratha je. 



Cie masak sardin goreng je. Kuah masak lemak tu leftover minggu lepas kuahnya Cie simpan dalam freezer. Tadi panaskan je. Cukup la untuk sarapan pagi ni. 


Minggu lepas Cie beli coffee cup Aik Cheong buy 1 free 1 kat 7E Cafe. Baru pagi ni try bancuh. Cie tak minum air panas, maka nya pagi-pagi kita minum ice la. 



Sedap la Cie bancuh dan letak dalam tumbler Zus. Petang ni nak grab lagi la promo buy 1 free 1 tu. Memang berbaloi. 

Dulu-dulu Cie memang suka coffee old town white coffee tu. Beli yang sachet tu bancuh sendiri. Zaman dulu mana ada sangat kedai kopi hipstur macam sekarang ni. 

Apa aktiviti korang hari ni? 

Cie ni takde sangat planning aktiviti hari ni. Nak masak nasi arab je, nak try rempah baru beli dari Shopee.  

Schedule blog post untuk Isnin hingga Jumaat dah settle semalam. Blog post Sabtu Ahad je biasanya Cie post on the spot. Hari kerja tak sempat nak mengarang blog post. Tu yang schedule je siap-siap. 

Bila dah siap schedule ni mudah la masa yang ada boleh blogwalking pulak. Kalau nak buat posting, nak blogwalking memang tak sempat. Ada masa malam je kalau hari kerja.

Gitula cara Cie manage blog. Nak naikkan view bukan senang. Tu yang kena konsisten setiap hari kena ada post. 


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Alhamdulillah
    Selamat menjamu sarapan

    BalasPadam
  2. sedap..kita suka paratha brand ni..memang sedap

    BalasPadam
  3. Wah...boleh try ni
    dulu saya sukanjuga white coffee...Tapi serang ada certain coffee bila minum sakit kepala...padahal coffee juga..taktau kenapa

    BalasPadam
  4. OK..Nnt sy try beli...Biasa beli yg flavor lain2 =)

    BalasPadam
  5. Kami jalan-jalan cari makan di Tawau. Cuaca panas. Berehat sahaja di hotel.

    BalasPadam
  6. Pagi hantar Wafi, balik rehat² je layan drama Jepun.

    BalasPadam
  7. Sarapan masak dari rumah je, memang terbaik, walau simple. Sedap roti canai cicah sardin.

    BalasPadam
  8. nampak eksklusif gambungan warna hitam dan emas

    BalasPadam
  9. bagus Cie.. linda nie, sabtu ahad yang tak sempat nak tengok blog.. hahaha...

    BalasPadam
  10. Alaaah jadi teringin canai kari laaah 😔. Susah sangat cari itu di jakarta.

    Krn kakak tulis nasi arab, jadi teringat saya masih ada stok bumbu nasi arab 😍😍. Nampaknya besok masak nasi arab juga 😁

    BalasPadam
  11. rajinnya kak buat schedule entry utk seminggu. agaknya berapa lama habis masa utk tulis semua entry tu setiap kali weekend?

    BalasPadam
  12. Bagusnya Cie dah siap-siap schedule entri untuk weekday. Memang betul, kalau hari kerja sibuk, cara macam ni je la paling efektif nak pastikan blog sentiasa update dan konsisten. Barulah ada masa lapang sikit nak pusing-pusing blogwalking macam ni.

    BalasPadam
  13. MZ plak ikut mood..kdg2 jer buat scheduled post..biasanya buat jer posting setia[ hari tapi kalau bz, ter miss jugak buat entry jadiknya

    BalasPadam
  14. Kawan prata hijau tu memang selalu beli kalau Faa masak kari. Roti canai sini mahal. Beli prata dah siap je dengan masak kari ayam atau daging buat cecah.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.