Cie masak sardin goreng je. Kuah masak lemak tu leftover minggu lepas kuahnya Cie simpan dalam freezer. Tadi panaskan je. Cukup la untuk sarapan pagi ni.
Minggu lepas Cie beli coffee cup Aik Cheong buy 1 free 1 kat 7E Cafe. Baru pagi ni try bancuh. Cie tak minum air panas, maka nya pagi-pagi kita minum ice la.
Sedap la Cie bancuh dan letak dalam tumbler Zus. Petang ni nak grab lagi la promo buy 1 free 1 tu. Memang berbaloi.
Dulu-dulu Cie memang suka coffee old town white coffee tu. Beli yang sachet tu bancuh sendiri. Zaman dulu mana ada sangat kedai kopi hipstur macam sekarang ni.
Apa aktiviti korang hari ni?
Cie ni takde sangat planning aktiviti hari ni. Nak masak nasi arab je, nak try rempah baru beli dari Shopee.
Schedule blog post untuk Isnin hingga Jumaat dah settle semalam. Blog post Sabtu Ahad je biasanya Cie post on the spot. Hari kerja tak sempat nak mengarang blog post. Tu yang schedule je siap-siap.
Bila dah siap schedule ni mudah la masa yang ada boleh blogwalking pulak. Kalau nak buat posting, nak blogwalking memang tak sempat. Ada masa malam je kalau hari kerja.
Gitula cara Cie manage blog. Nak naikkan view bukan senang. Tu yang kena konsisten setiap hari kena ada post.






2 Ulasan
Alhamdulillah
BalasPadamSelamat menjamu sarapan
Sedap tu sarapan Cie 👍🏻
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.