Tuesday, 11 August 2015

Kepentingan Penjagaan Selepas Keguguran

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Masalah keguguran boleh sahaja berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Sebagai wanita kita harus peka dengan persekitaran jika kita sedang mengandung. Pemakanan, pemakaian, percakapan, pergerakan dan pelbagai lagi perkara perlu dititikberatkan supaya risiko keguguran boleh dielakkan. Selepas keguguran kita tidak boleh mengambil mudah tentang penjagaan diri. 

kepentingan penjagaan selepas keguguran

Wanita yang mengalami keguguran perlu juga melalui tempoh berpantang sama seperti wanita yang melahirkan anak. Penjagaan selepas keguguran agak merumitkan berbanding dengan berpantang bersalin biasa.

Jika tidak dijaga dan dirawat selepas mengalami keguguran maka risiko lebih tinggi untuk menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri didalam rahim. Jika ini berlaku ibu akan mudah mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.

Ibu yang mengalami keguguran dan tidak menjaga dengan rapi akan menyebabkan masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Jika bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin boleh meresap ke seluruh sistem badan. Kesan daripada itu boleh menyebabkan demam panas sehingga boleh mendapat kancing gigi jika tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.

Penjagaan selepas keguguran perlu dilakukan dengan betul supaya dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, hormon tidak seimbang, bengkak dan bisa otot peranakan.
Tempoh berpantang bagi ibu yang mengalami keguguran tidak sama dengan ibu bersalin biasa. Mengikut pesan orang tua-tua ibu yang keguguran perlu menjaga pemakanan dan gaya hidup seharian sehingga ibu kembali hamil. Untuk kesan yang lebih baik elakkan makan makanan yang berangin seperti ubi-ubian, keladi, rebung, sayur keladi, labu, pucuk paku, pucuk ubi, terung dan banyak lagi makanan yang berangin lain.
Makanan yang sejuk seperti kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, durian belanda, tembikai dan banyak lagi. Ikan yang berbisa juga tidak boleh dimakan seperti ikan berduri, ikan terubuk, ikan bawal hitam, cencaru, ikan tamban, ikan sardin, ikan pari, makanan laut seperti udang, sotong, kerang, ikan masin.

Zaman dah serba moden pengambilan suplemen untuk menguatkan rahim juga penting. Dicadangkan pengambilan ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE yang boleh membantu menguatkan rahim jika merancang hendak mengandung lagi serta SET BERPANTANG SHAKLEE yang lebih cepat memberi rasa segar, bertenaga, pulih selepas mengalami keguguran.

Jika segala petua dan pantang larang orang tua-tua diikuti maka lebih cepat la proses pemulihan diri. Jika pantang larang tidak diikut maka risiko untuk ibu-ibu mengalami masalah bentan urat, demam lambat sembuh, keguguran rambut, alahan pada kulit dan mudah letih lebih tinggi.






Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

1 comment:

  1. Wanita yang alami keguguran diperlukan berpantang juga macam ibu bersalin. IaNya bagus untuk mengembalikan kesihatan dan tenaga ibu semula.

    ReplyDelete