Cara Mudah Mencuci Pinggan Mangkuk Berminyak - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 8 September 2015

Cara Mudah Mencuci Pinggan Mangkuk Berminyak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Para suri rumah mesti selalu mengeluh kan kalau pinggan mangkuk berminyak susah nak tanggal kan kesan minyak tuh. Kadang-kadang dah berbuih-buih sabun tapi masih tak tanggal kesan degil berminyak tuh. Cie nak kongsikan cara mudah untuk anda semua mencuci pinggan mangkuk yang berminyak tanpa perlu menggunakan sabun yang banyak.

cara mudah mencuci pinggan mangkuk berminyak


Air Panas

Rendam dulu pinggan mangkuk yang berminyak tersebut ke dalam air panas. Lagi lama lagi cepat kesan kotoran minyak akan tanggal. Nak lagi best masukkan limau nipis atau lemon yang dihiris nipis ke dalam air panas tersebut dan perahkan. Dengan cara ini lebih memudahkan kesan minyak itu hilang so mudahla kerja anda nak sabunkan.

Soda Bikarbonat

Masukkan sedikit soda bikarbonat ke dalam air rendaman kemudian kocakkan. Masukkan pinggan mangkuk yang berminyak tadi dan rendamkan seketika sambil digosokkan ke permukaan pinggan mangkuk tersebut.

Cuka Makan

Cuka banyak sangat kegunaan selain digunakan untuk masakkan. Titiskan cuka ke atas span cuci pinggan anda kemudian sapukan ke permukaan pinggan mangkuk berminyak tersebut dan sedia untuk disabun.

Dish Wash Concentrate

Yang nih paling mudah sebab tak perlu rendamkan. Tuang setitis atau 2 titis ke dalam bekas dan dicampur dengan sedikit air. Cuci pinggan mangkuk seperti biasa. Kotoran berminyak akan mudah untuk tanggal.


Mudah je kan cara-cara nak cuci pinggan mangkuk berminyak. Semoga dapat dimanfaatkan oleh anda. Kalau nak dapatkan dish wash concentrate tuh boleh hubungi Cie ye. Harga sangat berpatutan dan tahan lebih lama.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment