Idea Hantaran Perkahwinan atau Pertunangan - BLOG ROZIAH @ CIE

Thursday 10 September 2015

Idea Hantaran Perkahwinan atau Pertunangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Amalan berbalas dulang semasa perkahwinan atau pertunangan merupakan adat melayu yang biasanya dibuat bagi menunjukkan rasa kasih sayang terhadap pasangan dengan memberikan barangan untuk kegunaan pasangan. Kebiasaan dulang hantaran didalam bilangan ganjil dan pihak perempuan perlu memberi lebih sedikit bilangan hantaran sebagai contoh kalau pihak perempuan berikan 7 dulang maka pihak lelaki perlu membalas sebanyak 5 dulang.

Ia adalah adat semata-mata so kalau tak buat pun tak menjadi masalah besar. Yang penting akad dan mas kahwin je. Yang lain tuh sekadar kebiasaan bagi kita je. Kalau anda berhajat nak jugak buat hantaran pertunangan atau perkahwinan nih Cie kongsikan idea untuk korang realisasikan impian korang tuh. 



idea hantaran perkahwinan atau pertunangan
Sumber: google


SIRIH JUNJUNG

Yang nih biasanya memang ada didalam hantaran pertunangan atau perkahwinan. Kira macam kepala hantaran. Kedua pihak perlu buat hantaran sirih junjung. Zaman sekarang nih kebanyakkan hantaran sirih sangat kreatif dan menarik. Tak macam dulu-dulu kalau sirih junjung mesti tinggi.

KAIN TELEKUNG, SONGKOK, KAIN PELIKAT ATAU SEJADAH

Pihak lelaki akan memberikan sepasang kain telekung sembahyang dan pihak perempuan akan membalas dengan sejadah atau songkok kepada pihak lelaki. Ada juga yang memberikan kain pelikat kepada pihak lelaki. Semua barangan ini dihias dengan menarik. Ada buat bentuk buah, kereta, keris dan pelbagai lagi idea menarik dan kreatif.

JAM TANGAN

Kebiasaan pihak pengantin akan membeli jam yang sedondon iaitu seutas untuk lelaki dan seutas untuk wanita.

GADJET 

Zaman sekarang nih hantaran mesti terdiri dari laptop, handphone dan pelbagai lagi gadjet menarik untuk dijadikan hantaran.

KASUT, SET TALI PINGGANG, WALLET DAN HANDBAG

Pihak perempuan akan memberikan sepasang kasut kepada pihak lelaki dan dibalas pula dengan sepasang kasut atau sandal dan sebuah handbag. Kebiasaannya dari jenama yang sama diletakkan didalam 1 dulang. Ada juga yang meletak beg dan kasut didalam dulang berasingan. Pihak perempuan juga boleh memberikan set tali pinggang dan wallet kepada pihak lelaki.

KEMEJA ATAU BAJU MELAYU

Pihak perempuan akan berikan kemeja atau baju melayu kepada pihak lelaki.

MINYAK WANGI

Minyak wangi juga kebiasaan diberikan 1 set terdiri dari perfume, shower gel, lotion.

PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Biasanya set pencuci muka diberikan sebagai hantaran. Nak lagi menarik dan unik anda boleh berikan set lengkap produk Shaklee sama ada produk kecantikan Shaklee atau produk kesihatan Shaklee. Mesti tersenyum lebar pasangan anda kan.

KEK ATAU COKLAT

Kek selalunya diberikan semasa pertunangan. Sekarang nih tak tertumpu kepada kek sahaja ada juga yang berikan muffin, pavlova, cup cake dan manisan lain. Coklat pun sekarang nih pelbagai jenis ada so boleh dijadikan hantaran pertunangan atau perkahwinan cuma kena berhati-hati kerana bimbang diserang semut kepala hitam. Hihihi.

BUAH-BUAHAN

Buah-buahan pun sesuai dijadikan hantaran kepada kedua-dua pihak. Sapukan sedikit minyak ke kulit buah supaya nampak lebih berkilat dan cantik.



Banyak lagi barangan yang boleh dijadikan hantaran. Terpulang kepada persetujuan kedua-dua pihak. Selalunya pihak lelaki akan membeli sendiri barangan dan pihak perempuan juga akan membeli sendiri dan ditukarkan sahaja sebelum majlis. Ada juga yang bersama-sama mencari barangan hantaran. Zaman sekarang nih bukan zaman dahulu tidak boleh bersua muka kan. Cuma kena jaga lah batas-batas sebab belum dihalalkan lagi untuk bersentuhan. Ajak teman supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan idea kepada yang nak berkahwin atau bertunang didalam tempoh terdekat nih. Teringat pulak zaman Cie bertunang dulu kakak yang buatkan hantaran. Masa kahwin gigih buat sendiri. Hihi. Nak tengok tak? hihi. Style lama dulu walaupun tak kreatif tapi boleh la kan. Jemputlah tengok --> HANTARAN KAHWIN, HANTARAN TUNANG .



Jika berminat nak jadikan PRODUK SHAKLEE sebagai hantaran boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment