Makaroni Bakar Simple

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari nih cuti hari Malaysia so ibu terlebih rajin nak masak makaroni bakar yang sangat simple sebab tuh rajin. Hahaha. Lama dah tak makan makaroni bakar. 




Makaroni bakar yang simple je. Guna bahan sedia ada. Memang selalu standby bahan-bahan untuk masak pasta. Ada 2 jenis jela makaroni dan spageti. Sos pasta, sosej, ayam, cendawan butang, keju chesdale, carrot, bunga kobis. Bahan basic nih memang sentiasa ada.

Resepi Makaroni Bakar Simple

Bahan-bahan Makaroni Bakar

1 mangkuk makaroni
1/2 botol sos pasta (adabi/kimball/prego)
2 sudu ayam cincang
1/2 batang sosej potong kecil
2 biji cendawan butang potong kecil
Sedikit carrot potong dadu kecil
Sedikit bunga kobis potong kecil
1 biji bawang putih cincang
1/4 biji bawang besar cincang
3 keping keju chesdale
1 sudu marjerin/mentega

Cara Membuat Makaroni Bakar Simple

Rebuskan makaroni hingga masak. Toskan. Panaskan fry pan kemudian panaskan marjerin dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan carrot dan bunga kobis. Kacau kejap, biarkan hingga agak masak baru masukkan sosej dan ayam cincang. Kacau rata. Masukkan sos pasta dan sedikit air. Masukkan makaroni. Kacau rata. Biarkan seminit dah sedia untuk diangkat.

Masukkan makaroni ke dalam loyang pembakar. Letak selapis dulu dan letakkan keju chesdale. Letak lagi baki makaroni tadi dan akhir sekali letak lagi keju chesdale.

Bakar dalam oven selama 10 minit dengan suhu lebih kurang 180°c. Dah ready untuk dimakan. Makan panas-panas best keju cair lagi. Nak guna keju mozzarella pun boleh tapi sebab kat rumah ada chesdale pun boleh. Selamat mencuba.
Share this article:

6 comments:

  1. Wow sedapnye..mlm ni nk try la..tq ye

    ReplyDelete
  2. ah feveret nak kena try ni soon
    singgah sini done follow

    jemput baca part 3 belum selesai hello kitty town

    ReplyDelete
  3. nyum2 nyum..
    nampak sedap
    Terima Kasih join Pencarian bloglist nurfuzie.com #1..
    Jom BW peserta yang lain : Bloglist Nurfuzie.com

    ReplyDelete