Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran organik kerana mengandungi vitamin, mineral dan enzim sempurna yang mudah diserap oleh tubuh badan. Elakkan makan makanan segera yang mengandungi bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan.
Makan makanan yang tinggi serat seperti bijirin, buah tembikai, beras merah, roti gandum dan kekacang untuk membantu pergerakan usus supaya lebih aktif dan membantu melancarkan sistem pembuangan racun dari badan.
Sayuran berdaun hijau seperti bayam sangat membantu wanita yang ingin hamil dengan cepat. Sayuran ini mengandungi zat besi, antioksidan dan asid folik.
Makanan Lancarkan Kitaran Haid
Lobak merah, keledek dan oren merupakan makanan yang membantu membaiki masalah kitaran haid. Kitaran haid yang tidak lancar menyebabkan wanita sukar untuk hamil.
Asid Folik
Makanan tinggi asid folik seperti kacang soya, kuning telur, kentang, tepung ubi, kobis, asparagus, ubi bit, pisang dan brokoli boleh meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita dan memudahkan proses untuk hamil. Suplemen yang mengandungi asid folik seperti
B-Complex juga boleh diambil.
Vitamin C
Banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C untuk memudahkan proses hamil. Makanan seperti buah oren, buah strawberi, brokoli, kobis Brussel dan lain-lain. Pengambilan suplemen
Vitamin C sangat digalakkan.
Kekacang
Sumber kekacang sangat tinggi kandugan asid lemak omega 3 dan sangat baik untuk membantu masalah kesuburan wanita. Kekacang seperti almond, walnut dan aprikot.
Produk Tenusu
Seperti yang diketahui susu memang kaya dengan kalsium tetapi juga mampu menghasilkan hormon kesuburan. Antara produk tenusu yang boleh dijadikan menu harian ialah yogurt dan telur.
Anda juga boleh mengamalkan pengambilan suplemen seperti
SET KESUBURAN SHAKLEE sebagai ikhtiar untuk hamil setelah sekian lama berumahtangga. Ramai dah berjaya hamil dengan izin Allah mencuba produk Shaklee. Boleh tengok
TESTIMONI HAMIL.
4 Comments
yang penting jangan amalkan makan cekedi cekedi kan?hihi
ReplyDeleteJemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Yup no good :-d
Deleteamalkan gaya pemakanan seharian yg sihat. mommy irra follow sini #irrayyandotcom
ReplyDeleteSudah semestinya :-d
Delete