Menu Dinner 13 Julai - 17 Julai 2026

Masih bersemangat ye share menu dinner sepanjang minggu. Dah alang-alang masak, memang suka snap gambar menu kita post jela boleh bagi idea kalau dah buntu nak masak apa. 

Dari dulu Cie memang suka ambil gambar makanan dan post di social media Facebook dan Instagram. Sejak Cie dah malas nak aktif share di situ maka nya Cie share di blog saja la. Share kat story Instagram link terus ke story Facebook dan whatsapp status. Kat wall je tak post. 

Uncle Gedek pernah tanya gambar udang ke tu? Yela tu udang plastik janaan Chatgpt. Hihih


13 Julai 2026

Tiba teringin nak makan pais patin. Cie buat 1 ekor ikan tu belah2. Pais ni guna tempoyak. Cie pernah share resipi Pais Tilapia. Sama je resipi tu cuma tukar ikan jela. Kalau tak makan ikan air tawar, boleh tukar ikan laut. 


Tambahan menu Cie masak telur mata kicap, kobis goreng dan ulam timun. 


14 Julai 2026

Kembali ke menu ayam. Kali ni Cie buat tomyam ayam guna pes tomyam putih. Dalam tomyam tu ada ayam, cendawan tiram, bunga kobis, carrot, tomato. 


Kalau ada tomyam, kena ada telur dadar baru ngam. Kentang dah nak rosak, buat jela potato wedges goreng. Cie gaul serbuk kunyit, serbuk cili dan garam je. Lepas tu goreng. Ulam timun dan sambal belacan. 


15 Julai 2026

Kering idea nak masak apa, masak jela apa yang terlintas di kepala. Asalkan ada lauk dan sayur. Cie masak ayam goreng yang Cie gaul dengan serbuk kunyit, serbuk cili, garam. Lepas tu goreng sampai garing bersama bawang holland, daun limau purut dan cili padi. 


Ayam tu kering takde kuah, Cie buat telur mata goreng sos thai. Ada la kuah anak-anak nak makan. Sayur dah malas nak masak, buat ulam timun je. Jambu batu asam boi tu lepas masak terus makan. Sedap jambu asam boi. 


16 Julai 2026

Ahad minggu lepas Cie taktau Faiz dah beli ikan sebelum dia ke kebun. Dia tak cakap. Cie keluar pulak beli lagi 1 ekor. Ada la 2 ekor ikan maka nya repeat jela masak menu ikan patin lagi. Cie bakar je makan dengan kuah kicap, cili padi, tomato dan bawang besar. 


Dah biasa rajin masak 2 jenis lauk. Cie buat juga telur dadar. Lama tak masak sambal ikan bilis tempoyak petai, buat la sikit bertambah selera kami makan. Ulam timun macam biasa. 


17 Julai 2026

Sampai dah penghujung minggu. Takde idea dah nak masak apa lagi maka jadi la nasi goreng kerabu. Cie letak serai, daun limau purut dan bunga kantan. 


Ayam ada lagi sebekas, habiskan jela dah masuk weekend. Cie masak paprik ayam, letak cendawan tiram, bunga kobis, carrot. Jadila menu nasi goreng ayam paprik. 

Jambu batu ada lagi sebelah, makan dengan asamboi lepas masak. 

Selesai untuk menu seminggu, sepanjang minggu lepas. Semoga perkongsian Cie dapat memberi idea la kepada yang nak menyediakan hidangan makanan kepada keluarga tercinta. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Waaa semua nampak menyelerakan..
    Sis pun suka masak, amik gambar then post bebanyak, tapi di facebook je laa.. kat blog tu kadang ikut rajin hahahaha happy cooking Cie

    BalasPadam
  2. ammi pun tak tau kenapa ammi tak boleh makan ikan patin. Pernah sekali ammi beli lauk ikan patin di kedai without knowing itu adalah ikan patin. Sampai di office, ammi makan macam biasa tapi 2-3 suap ammi memang tak boleh pergi dengan rasa ikan tu. Auto berlari ke tandas.

    Lepas tu barulah tau itu ikan patin sebab kawan satu office cakap. Jadi dialah tukang perabiskan ikan tu. Terkena sumpahan ikan patin gamaknya hahaha

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.