Sunday, 8 November 2015

Resepi Mashed Potato Ala KFC

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Dah 2 3 hari bila tanya kakak nak makan apa jawabnya KFC. So ibu pun gigih la buatkan untuk kakak 1 set lengkap ada ayam, mashed potato dan coleslaw. Terimbau kenangan ibu pernah kerja KFC dulu. Hihi.

Resepi Mashed Potato




Bahan-bahan Mashed Potato

2 biji kentang (jenis holland)
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
6 sudu besar susu segar
Air secukupnya

Cara Membuat Mashed Potato

1. Bersihkan dan kupas kulit kentang. Potong kecil-kecil.
2. Rebus hingga masak.
3. Setelah masak angkat dan toskan.
4. Lecek kentang hingga hancur.
5. Gaulkan dengan sedikit garam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan susu segar. Ketepikan.

Bahan-bahan Gravy

1 biji bawang putih dicincang
1/4 bawang besar dicincang
1 sudu besar mentega
1 cawan susu segar
3 cawan air
4 sudu tepung jagung dibancuh dengan 4 sudu air
Sedikit garam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 ketul kaki ayam untuk dijadikan stok.

Cara Membuat Gravy

1. Panaskan mentega kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan air dan kaki ayam. Biarkan hingga mendidih. Setelah mendidih angkat kaki ayam.
3. Masukkan susu segar dan bancuhan tepung jagung. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam, kicap dan sos tiram. Masak hingga pekat.


Senang je kan nak buat. Selamat mencuba ^_^v

No comments:

Post a Comment