8
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Takde idea dah nak masak apa ayam nih. Kalau bab gulai menggulai daku memang kurang pakar sikit. Kalau masak moden-moden boleh la. Tengok bahan apa yang ada campak-campak jela janji boleh makan kan. Sedap jugak rupanya. Hihi.


ayam goreng berlada daun limau purut


Resepi Ayam

Bahan-bahan Ayam Goreng Berlada Daun Limau Purut

1/2 ekor ayam
3 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat Ayam

1. Gaulkan serbuk kunyit dan garam bersama ayam sehingga sebati.
2. Panaskan kuali dan gorengkan sehingga garing dan masak.

Bahan-bahan Berlada

5 sudu besar lada kering kisar
5 helai daun limau purut
1/2 biji bawang besar dimayang
3 biji bawang putih dimayang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Sedikit air
Sedikit minyak

Cara Membuat Kuah Berlada Ayam

1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan lada kering kisar sehingga masak dan pecah minyak, masukkan daun limau purut, perasakan dengan garam dan gula. Masukkan sos tiram dan sedikit air.
3. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan ayam dan bawang yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment Blogger

 
Top