Monday, 14 December 2015

Lempeng Pisang Dan Sos Coklat

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Teringin pulak tengok penkek pisang Krabi. Nak ke sana tu entah bila kan. Jadinya buat la lempeng pisang versi sendiri makan dengan sos coklat. Memang sedap u ols. Pertama kali buat lempeng pisang ni. Rupa-rupanya sangat sedap.

resepi lempeng pisang dan sos coklat


Resepi Lempeng Pisang

Bahan-bahan Lempeng Pisang

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air (kalau pekat tambah sikit lagi air)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu gula
1 sudu susu tepung
1 sudu minyak jagung
Secubit garam
1 biji pisang emas dipotong bulat

Cara Membuat Lempeng Pisang

1. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, gula, susu tepung, garam dan air. Kacau sehingga sebati. Masukkan minyak jagung. Rehatkan seketika.
2. Panaskan kuali leper dan letakkan sedikit marjerin.
3. Masukkan adunan lempeng tadi ratakan. Susun pisang di atasnya. Curahkan lebihan adunan lempeng tadi menutupi pisang. Masak sehingga garing.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama sos coklat.

Bahan-bahan Sos Coklat

250 gm coklat masakan
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
1/2 cawan air

Cara Membuat Sos Coklat

Masukkan semua bahan didalam periuk. Masak sehingga coklat cair dan mendidih. Curahkan di atas lempeng pisang.

Selamat mencuba!!

3 comments:

  1. Lempeng pisang sedap.... tapi yang ni versi macam-macam ada macam lagi lagi lagi sodap jo

    ReplyDelete
  2. Blh la lya try ni..pisang dah ada hhehe

    ReplyDelete
  3. Rajinnya dia.. hehehe.. Bila lah nak buat lempeng ye..

    ReplyDelete