Thursday, 11 February 2016

Rania Turns Two

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Genap usia anaknda Syafiyah Rania 2 tahun pada 6 Februari 2016. Kebetulan pulak hari Sabtu so terus plan jela buat simple celebration. Plan asalnya nak ke Kuantan bersama keluarga mertua so plan nak potong kek kat tepi pantai la konon-kononya. Last minute bapak mertua tak sihat so cancel la plan nak ke Kuantan. Terus celebrate kat rumah jela. Tak ajak orang pun. Buat makan-makan keluarga je dan keluarga pengasuh je.

Pagi Sabtu tu sempat la ibu shopping barang sikit. Majlis hari Ahad petang buat makan-makan mee goreng, lasagna bakar, karipap segera, donut segera, chezzy potato wedges, air teh o ais. Kek just beli yang biasa je. Kek tu kakak yang request nak kek frozen. Padahal birthday adik tapi kakak yang over. Sejak dah sekolah ni minat frozen pulak. Maybe tengok kawan-kawan kot. Malam pulak buat bacaan doa selamat kat masjid je. Bawak makanan makan kat masjid je memandangkan tak ramai orang so lagi mudah buat kat masjid je. Menu simple jugak nasi putih, ayam masak lemak, sayur campur goreng, ikan masin goreng, sambal belacan, ulam timun, ulam kacang botol.

kek simple je tak sempat nak tempah. apa yang ada kat kedai tu beli terus jela.


adik duk sibuk cucuk froezen. kakak yang over pegang pisau.


Alhamdulillah syukur walaupun majlis yang sederhana pun cukup la yang penting doa untuk anak.

No comments:

Post a Comment