Sunday, 3 April 2016

Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Selesai majlis tahlil untuk mak malam tadi buat di masjid je. Rasa rindu sangat kat mak. Tak lama lagi nak masuk 6 tahun dah mak kembali ke rahmahtullah. Menu makanan untuk tahlil yang Cie masak Ayam Goreng Berempah.



Resepi Ayam Goreng Berempah

60 ketul ayam dibersihkan (potong kecil)
Minyak untuk menggoreng
Daun kari

Bahan Kisar

16 biji bawang putih
4 biji bawang besar
4 batang serai
3" halia
Sedikit air

Bahan Kisar Kering

2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis

Bahan Rempah

6 sudu rempah kari
3 sudu serbuk kunyit
1 peket kecil serbuk cili
9 sudu besar tepung jagung
4 helai daun kari direlaikan
3 biji telur dipukul
Garam secukup rasa

Cara Membuat Ayam Goreng Berempah

1. Kisar bahan kisar hingga hancur. 
2. Goreng tanpa minyak (sangai) bahan kisar kering seketika. Kemudian kisar kering separa hancur.
3. Masukkan bahan kisar dan bahan kisar kering ke dalam bahan rempah. Gaulkan sebati.
4. Setelah sebati semua bahan gaulkan ke dalam bekas berisi ayam. Gaul hingga sebati.
5. Perapkan lebih kurang sejam. Nak lagi sedap boleh perap lebih lama. Pastikan diperap didalam bekas kedap udara dan disimpan didalam peti.
6. Setelah diperap boleh la digoreng sehingga masak. Taburkan daun kari ke dalam minyak ketika menggoreng.
7. Angkat dan sedia dihidangkan.

Anggaran bahan boleh dikurangkan mengikut bilangan ketul ayam. Selamat mencuba ye.

2 comments: